Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dar.tu] | اندرتو

Definisi : gelaran atau panggilan yg bermaksud anak dara tua: apa tujuan perkahwinan aku ini? Adakah kerana tidak ingin digelar ~? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andartu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya rasa seronok dan mahu ucap tahniah kerana mewujudkan suatu perkataan baharu khusus untuk bahasa Melayu seperti selfie kepada swafoto. Saya teringin nak melihat suatu perkataan khusus peraturan-peraturan dalam permainan dan sukan khususnya bola sepak yang saban hari kita main, melihat dan tonton. Saya mencari perkataan bahasa Melayu untuk offside dan foul, tetapi yang saya jumpa ialah ofsaid dan faul. Saya mohon ada perkataan baharu untuk bahasa kita yang merupakan jiwa dan identiti kita. Tidak perlu yang panjang, contoh anak dara tua jadi andartu. Atau apa-apa perkataan yang mudah disebut yang semestinya pihak DBP lebih mahir dalam bidang ini. Semoga dapat dipertimbangkan dan dapat memartabatkan lagi kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sekian.Istilah ofsaid dan faul ialah istilah yang rasmi dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dipertimbangkan.   Istilah12.02.2017

Kembali ke atas