Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dro.gen] | اندروݢن

Definisi : (Bio) hormon yg merangsangkan perkembangan dan pemeliharaan sifat sekun­der jantan spt pertumbuhan misai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dro.gen] | اندروݢن

Definisi : ist hormon seks jantan, yg merangsang perkembangan dan pemeliharaan sifat-sifat sekunder seks jantan, spt pertumbuhan misai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata androgen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TESTOSTERON

Testosteron ialah satu kumpulan hormon yang

merangsangkan perkembangan jantina lelaki.

Hormon ini dikenali sebagai androgen, dikeluarkan

terutama sekali oleh testikel, sepasang kelenjar

seks lelaki (lihat Testikel ). Ovari wanita dan

kelenjar adrenal dalam kedua-dua jantina juga

mengeluarkan sedikit hormon testosteron dan

androgen.

UMUM 
REMBESAN

Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan

oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel

tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya

terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar

eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang

menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan

badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air

mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.

Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan

rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang

dinamakan hormon, membantu mengatur banyak

proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin,

adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus

dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga

merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan

invertebrat (tanpa tulang belakang) juga

mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya

mempunyai nilai komersial.

UMUM 

Kembali ke atas