Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.duh] | اندوه

Definisi : kain yg digantung pd leher utk mengam­pu tangan yg cedera (patah, retak, dll); beranduh memakai atau menggunakan an­duh: tangan kanannya yg patah itu masih kelihatan ~; menganduh mengikat sesuatu supaya tergan­tung atau tidak jatuh terkulai, meng­ampu: doktor terpaksa ~ kaki pesakit yg tercedera dlm kemalangan itu; ~ kajang meren­tangkan tali tempat digantungkan kajang; anduhan tali tempat sekoci bergantung di kapal; penganduh kayu (kulit kayu) yg dilekatkan pd tangan (kaki) yg patah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.duh] | اندوه

Definisi : ; beranduh memakai atau menggunakan tali atau kain yg diikatkan pd tangan atau kaki yg patah: Dia kelihatan menahan kesakitan apabila tangannya yg ~ itu terhantuk pd meja. menganduh mengikat sesuatu supaya yg diikat itu tergantung: Doktor telah membebat dan ~ tangan Amir yg patah itu. anduhan tali drpd kain dll utk menganduh. penganduh kayu atau kulit kayu yg diikat pd tangan atau pd kaki yg patah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anduh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ”

Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah:

1. Pemasang Konkrit Pratuang
2. Pemasang Sistem Acuan
3. Pemasang Sistem Blok
4. Pemasang Kekuda Bumbung
5. Tukang Plaster
6. Tukang Jubin
7. Penurap Bata
8. Pelentur Bar
9. Tukang Kayu
10. Pengkonkrit
11. Pemasang Dinding Kering
12. Pemasang Siling
13. Tukang Cat
14. Pengendali Loji
15. Perancah
16. Pengendali Kren
17.Pemasang Anduh dan Rig

18. Tukang Paio

19. Jurujaga atau Penjaga Jentera

20. Penyambung Kabel

21. Pendawai atau Pemasang Dawai

22. Pengimpal atau Tukang Kimpal

23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia

24. Pakar Catan dan Semburan

25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal

26. Penyiasat Tanah

Istilah20.12.2016

Kembali ke atas