Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nés.té.sio.lo.gi] | انيستيسيا

Definisi : (anéstésia) (Ubat) kehilangan rasa pd tubuh (sebahagian atau seluruh) apabila dikena­kan ubat bius; ~ am keadaan tidak sedar dan tidak berasa sakit pd keseluruhan tubuh akibat ubat bius; ~ setempat kehilangan rasa sakit pd bahagian tubuh tertentu akibat ubat bius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anestesia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anaesthetic apparatusradas anestesiaPerubatanTiadaAlat yang digunakan oleh pakar anestesia semasa pemberian anestesia. Contohnya, mesin anestesia, sistem litar anestesia, topeng muka, laringoskop dan tiub endotrakea.
anaesthetic planrancangan anestesiaPerubatanTiadaTatacara pemberian anestesia kepada pesakit. Contohnya, pemberian anestesia kepada pesakit yang menjalani pembedahan kecemasan Caesarean perlu dirancang sama ada pesakit tersebut sesuai diberikan anestesia umum atau anestesia sebahagian, iaitu anestesia spina atau anestesia epidura.
electrical anaesthesiaanestesia elektrikPerubatanTiadaKaedah pemberian anestesia umum, anestesia spina dan anestesia setempat dengan menggunakan laluan aliran elektrik. Teknik ini telah diperkenalkan oleh d’ Arsonval 1851 - 1940), iaitu seorang ahli fizik Perancis pada tahun 1890 dan S Leduc tidak lama selepas itu.
clinical anaesthesiaanestesia klinikalPerubatanTiadaBidang pengkhususan perubatan yang diamalkan oleh ahli anestesia di dewan bedah yang meliputi anestesia umum, anestesia sebahagian dan anestesia intravena total.
closed circuit anaesthesiaanestesia litar tertutupPerubatanTiadaPengendalian anestesia umum apabila tiada gas anestetik terkeluar daripada litar anestesia. Litar anestesia yang biasa digunakan ialah litar bulatan. Sinonim anestesia sistem tertutup.
infiltration anaesthesiaanestesia susupPerubatanTiadaAnestesia setempat dengan menyuntik anestesia ke kawasan yang hendak dianestesia. Bahan anestesia ini akan bertindak ke atas cabang-cabang kecil saraf sensori yang terdapat di kawasan itu.
regional anaesthesiaanestesia sebahagianPerubatanTiadaTeknik yang menggunakan anestetik setempat untuk menghilangkan kesakitan semasa pembedahan. Teknik ini termasuklah sekatan saraf pusat, anestesia topikal, anestesia infiltrasi, sekatan saraf periferi, anestesia sebahagian intravena, sekatan saraf simpatetik dan analgesia intrapleura. Sinonim sekatan sebahagian.
anaesthetic vapourwap anestesiaPerubatanTiadaUbat anestesia berbentuk wap. Agen anestesia seperti halotana, isoflurana, sevoflurana dan desflurana akan meruap bergantung pada suhu didih dan tekanan wap tepu agen tersebut.
anaesthesia machinemesin anestesiaPerubatanTiadaAlat yang digunakan oleh pakar anestesia untuk memberi gas anestesia dan agen meruap semasa membius pesakit yang menjalani pembedahan.
topical anaesthesiaanestesia topikalPerubatanTiadaAnestesia untuk memblok deria sakit melalui penyapuan bahan anestesia tempatan pada kulit atau membran mukus. Sinonim: anestesia permukaan.
12345678910...

Kembali ke atas