Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.néu.ris.me] | انيستيتيک

Definisi : (anéstétik) (Ubat) bahan (ubat) yg menyebabkan tubuh badan tidak sensitif (kpd rasa sakit, sentuhan, dsb), ubat bius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.néu.ris.me] | انيستيتيک

Definisi : /anéstétik/ ist bahan atau ubat yg menyebabkan tubuh badan tidak sensitif (tidak peka) pd rasa sakit, sentuhan dsb; ubat bius. ~ am (umum) anestetik yg bertindak terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan seseorang (pesakit) tidak sedar (tidak berasa sakit), biasanya diberikan sebelum menjalani pembedahan. ~ setempat anestetik yg bertindak pd bahagian tubuh yg tertentu sahaja, yg menyebabkan seseorang (pesakit) tidak berasa sakit pd bahagian tsb, biasanya diberikan sebelum menjalani pembedahan, mendapat rawatan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anestetik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANESTETIK

Anestetik merupakan satu cabang perubatan

yang berkaitan dengan penggunaan dadah untuk

menghilangkan kesakitan dan tekanan semasa

pembedahan dan bersalin. Doktor dalam bidang

ini dinamakan pakar bius. Dia menguruskan

dadah yang disebut anestetik.

UMUM 
LIGNOKAINA

Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan

rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu.

Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat.

Lignokaina digunakan di dalam pembedahan

dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf

bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling

saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh

yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam

salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun

yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik

untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina

digunakan juga untuk merawat denyutan jantung

yang tidak normal.

UMUM 
NATRIUM TIOPENTON

Natrium tiopenton ialah barbiturat yang

digunakan untuk menyebabkan tidur semasa

pembedahan. Ia adalah anestetik am – iaitu, ubat

yang menyebabkan tidak sedar dan hilang rasa

pada keseluruhan badan.

UMUM 
ANESTESIA

Anestesia ialah hilang deria rasa – terutama rasa

sakit, di seluruh badan atau sebahagian badan.

Ubat yang dinamakan anestetik digunakan bagi

menghasilkan anestesia sementara untuk tujuan

perubatan. Anestesia juga dihasilkan melalui

hipnosis dan akupunktur – cucukan jarum di

tempat tertentu pada badan. Sesetengah

kecederaan dan penyakit, terutamanya pada

sistem saraf, boleh menyebabkan kehilangan

deria rasa.

UMUM 
NITRUS OKSIDA

Nitrus oksida ialah gas tanpa warna dan bau

yang digunakan oleh doktor dan doktor gigi untuk

membuatkan pesakit tidak merasai kesakitan. Dadah

ini biasanya dikenali anestetik. Nitrus oksida lebih

dikenali sebagai gas ketawa , kerana selepas

menyedutnya, orang akan terangsang dan menjadi

seperti orang bodoh. Nitrus oksida menyebabkan

keadaan tidak sedarkan diri jika jumlah yang

secukupnya disedut.

UMUM 
ETER

Eter, dalam kimia ialah cecair tidak berwarna,

sangat mudah terbakar, dan mempunyai bau

wangi yang kuat. Wap eter menyebabkan orang

yang menghiduinya tidak sedarkan diri. Bertahun-tahun

lamanya ia digunakan sebagai anestetik am

semasa melakukan pembedahan.

UMUM 

Kembali ke atas