Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn engkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat ang mana lebih gramatis dan betul penggunaannya. 1. Perjumpaan aktiviti kokurikulum akan diadakan seminggu sekali. 2. Perjumpan aktiviti kokurikulum akan diadakan sekali seminggu.Kedua-dua ayat boleh digunakan.Tatabahasa23.01.2008
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.laPemisahan suku kata yang diberikan adalah betul:

makanan                   ma-kan-an
sayur-sayuran            sa-yur-sa-yur-an
buah-buahan             bu-ah-bu-ah-an
beruang                    be-ru-ang  
bermain                    ber-ma-in
membuang               mem-bu-ang
dia                           di-a
laut                          la-ut
siang                        si-ang
bayaran                    ba-yar-an
soal                          so-al
buaya                       bu-a-ya
tuala                         tu-a-la
Ejaan23.03.2012
Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bakBerikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak.Tatabahasa11.01.2013
Assalamualaikum wrt. wbt. ang manakah lebih tepat untuk digunakan dalam prosedur permohonan data remote sensing : i) Nyata sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan atau ii) Nyatakan kenapa imej satelit berkenaan diperlukan. Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Nyatakan sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan". Tatabahasa23.05.2011
Ayat “baik punya cilok” adalah salah tatabahasanya. ang mana betul: 1. Ayat “baik punya cilok” adalah salah tatabahasanya. 2. Ayat 'baik punya cilok' adalah salah tatabahasanya.Penggunaan tanda baca yang betul ialah Ayat “baik punya cilok” adalah salah tatabahasanya. Lihat buku Gaya Dewan, halaman 77.Ejaan12.02.2012
Marvion AngView Profile Actions MON 6:35PM Marvion Ang Marvion diminta perkataan (bau) dikategori sebagai diftong atau vokal berganding? tqBau (ba.u) ialah contoh vokal berganding.Tatabahasa25.04.2016
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih.Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. Tatabahasa04.05.2020
Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "membuang"? Adakah (mem-bu-ang)? Terima kasih.Pemenggalan yang betul ialah mem.buangLain-lain28.10.2017
Bagaimana saya asingkan suku kata berikut? 1. buah >> bu-ah atau buah (satu suku kata) 2. kemudian >> ke-mu-di-an atau ke-mu-dian 3. ruang>> ru-ang atau ruang 4. keluarga >> ke-lu-ar-ga atau ke-luar-ga 5. dua >> du-a atau dua 6. tiap >> ti-ap atau tiap 7. bahagia >> ba-ha-gi-a atau ba-ha-gia1. buah = bu.ah (dua suku kata)
2. kemudian = ke.mu.di.an (empat suku kata)
3. ruang = ru.ang (dua suku kata
4. keluarga = ke.lu.ar.ga (empat suku kata)
5. dua = du.a (dua suku kata)
6. tiap = ti.ap (dua suku kata)
7. bahagia = ba,ha,gi.a (empat suku kata)
Tatabahasa19.12.2016
1. Tahun Baru Cina / Tahun Baharu Cina 2. masa depan / masa hadapan

Saudara Ang,

Kedua-dua bentuk diterima dan digunakan, iaitu tahun baru/baharu dan masa depan/hadapan.

Ejaan25.03.2010
123

Kembali ke atas