Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ge.ri/] | اڠݢريق

Definisi : sj tumbuhan (bendalu) berbunga dlm famili Orchidaceae, orkid; jenis-jenisnya: ~ bulan, ~ merpati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ge.ri/] | اڠݢريق

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya tidak mudah layu); orkid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggerik

Puisi
 

Bunga anggerik bunga di taman,
     Bau harum wangi semerbak;
Jikalau kumbang dapat di tangan,
     Kutangkap sekali terlepas tidak.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'cili padi' kata nama khas dan ditulis sebagai 'Cili Padi'? Bagaimana pula dengan' bunga anggerik" ?Cili padi dan bunga anggerik bukan kata nama khas. Oleh itu, hendaklah ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa22.12.2008
Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat tentang penggunaan dari dan daripada, yang mana satukah yang tepat - 1) Saya, pelajar dari kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab. 2) Saya, pelajar daripada kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Penggunaan "dari" lebih sesuai bagi ayat berikut.Tatabahasa25.01.2016
soalan 1. Saya murid tahun 2. saya nak tanya, adakah huruf t bagi tahun perlu mengguna huruf besar? soalan 2. Saya belajar di kelas 2 Anggerik. Adakah ayat itu betul?Adakah huruf k bagi kelas perlu menggunakan huruf besar?

1. Saya murid tahun 2. - huruf t pada tahun tidak perlu ditulis dengan huruf besar kerana tahun 2 ialah kata nama am.

2. Saya belajar di Kelas 2 Anggerik. - huruf k pada kelas ditulis dengan huruf besar kerana Kelas 2 Anggerik ialah kata nama khas.

Tatabahasa31.01.2011
Saya keliru penggunaan huruf besar/kecil dalam ayat di bawah: 1.Ahmad menyertai pertandingan membuat logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya. 2.Kelas 2 Anggerik telah memenangi pertandingan kelas terbersih dan ceria minggu lalu. Tuan, saya keliru tentang penggunaan huruf kedua-dua pertandingan tersebut. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah:
1. Ahmad menyertai Pertandingan Membuat Logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya.
2. Kelas 2 Anggerik telah memenangi Pertandingan Kelas Terbersih dan ceria minggu lalu.
Tatabahasa23.03.2015
i nak sumit papan iklan atrwork utk restoran cheeky seven cafe , almat no 40, jalan anggerik vanilla M31/m,40400 shah alam.Untuk pengesahan iklan klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP di http://10.1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx.Lain-lain20.06.2013
Pihak UiTM ingin menamakan satu bangunan dengan nama berikut iaitu: Bangunan Residensi Yayasan LTAT-UiTM Adakah perkataan Residensi tersebut wujud dan boleh digunakan? Sekiranya tidak boleh syorkan perkataan yang sesuai untuk digunakan. Terima kasih.

Untuk makluman, perkataan "Residensi" tidak sesuai digunakan untuk penamaan bangunan yang dimaksudkan.

Kami mencadangkan penggunaan perkataan “Residensi” ditukarkan kepada perkataan lain yang bersesuaian, contohnya “Kediaman” atau nama lain yang lebih lunak, seperti “Puri Kencana”, “Puri Sutera”, “Puri Anggerik”, “Inapan Purnama” dan lain-lain.

Sila buat permohonan penamaan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my

Lain-lain15.04.2024

Kembali ke atas