Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ge.ri/] | اڠݢريق

Definisi : sj tumbuhan (bendalu) berbunga dlm famili Orchidaceae, orkid; jenis-jenisnya: ~ bulan, ~ merpati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ge.ri/] | اڠݢريق

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya tidak mudah layu); orkid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggerik

Puisi
 

Bunga anggerik bunga di taman,
     Bau harum wangi semerbak;
Jikalau kumbang dapat di tangan,
     Kutangkap sekali terlepas tidak.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orchidanggerikPertanianTiadaTiada
kintawood (Arundina graminifolia)anggerik (Arundina graminifolia)PertanianTiadaTiada
pigeon orchid (Dendrobium crumenatum)anggerik merpati (Dendrobium crumenatum)PertanianTiadaTiada
orchinolorkinolBiologiPatologiFitoalkesin yang dihasilkan oleh beberapa jenis anggerik, terutamanya oleh Orchis militaris.
orchinolorkinolBiologiMikologiBahan antikulat yang dihasilkan oleh ubi spesies anggerik (orkid) tertentu, misalnya Orchitis militaris, sebagai gerak balas terhadap jangkitan kulat parasit atau kuat mikoriza.
aerial rootakar udaraBiologiEkologiAkar yang tumbuh di atas permukaan tanah atau yang terdedah di udara. Akar udara menyerap wap air dari udara misalnya akar anggerik vanda sp.
columnturusBiologiHistologi dan Sitologi1 Struktur yang berbentuk seperti batang, contohnya turus saraf tunjang, tangkai krinoid dan berkas serabut saraf pada saraf tunjang. 2 Stamen dan stil bunga anggerik yang bercantum.
epiphyteepifitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang hidup pada pokok lain tetapi tidak menarik atau mengambil makanan daripada pokok yang ditumpang. Contohnya, paku langsuyar (Asplenium nidus), tanduk rusa (Platycerium sp.), anggerik hujan (Dendrobium cruminatum) dan tepus terbang (Hedychium longicornutum).
ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif.

Kembali ke atas