balloon frame | kerangka belon | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kerangka yang mengandungi anggota-anggota yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Anggota-anggota ini terdiri daripada kepingan papan tegak yang dipasang dari ambang ke satu plat atas; pada aras cucur atap. |
balloon frame | kerangka belon | Kesenian | Seni Bina | Kerangka yang mengandungi anggota-anggota struktur yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Anggota-anggota struktur ini terdiri daripada kepingan papan tegak yang dipasang dari ambang ke plat atas pada aras cucur atap. Pada binaan yang berasaskan kerangka kayu, kerangka belon terdiri daripada belebas (kayu panjang yang dipasang secara melintang pada dinding, pintu dan sebagainya) bermula daripada kayu plat rasuk lantai bawah hingga ke kayu plat bumbung dengan rasuk lantai aras atas yang dipakukan pada belebas dan disokong oleh kayu penghadang di antara belebas. |
joint | sendi | Mekanik | Gunaan | Titik tempat anggota-anggota struktur disambungkan. Sendi mungkin bersifat kaku atau boleh gerak. Sendi yang kaku tidak membenarkan gerakan nisbi di antara anggota-anggota yang tersambung padanya. Lihat juga kaku, kaedah sendi. |
pin joint | sendi cemat | Mekanik | Gunaan | Sendi yang membenarkan putaran pada titik sambungan anggota-anggota struktur tetapi tidak membenarkan gerakan nisbi linear. Sendi ini menerbitkan daya tindak balas untuk merintangi kecenderungan bergerak secara linear tetapi tidak boleh menerbitkan sebarang momen tindak balas untuk menghalang putaran nisbi. Sendi cemat biasanya dibentuk daripada satu cemat yang dimasukkan ke dalam lubang yang berada pada anggota-anggota yang tersambung itu. ada juga sambungan jenis lain yang boleh diambil sebagai sendi cemat untuk tujuan analisis kerana memiliki ciri yang diperihalkan tadi, misalnya sambungan kimpalan. |
rigid frame | kerangka tegar | Kejuruteraan | Tiada | Kerangka rangka keluli dengan sambungan hujung anggota-anggota adalah tegar, menyebabkan sudut di antara satu anggota dengan yang lain tidak berubah. |
screw | skru | Mekanik | Gunaan | Anggota yang terbentuk daripada batang yang berulir dan berkepala, dan digunakan untuk mengikat anggota-anggota struktur dan untuk memindahkan tenaga atau gerakan. Skru yang memindahkan tenaga dan gerakan digunakan pada mekanisme seperti bicu untuk mengangkat beban; skru jenis ini dianalisis dalam ilmu statik. Analisis berkenaan melibatkan prinsip geseran kerana, dari segi analisis mekanik, skru berkenaan boleh dikendalikan sama seperti bongkah yang menggelangsar pada satah sendeng. Analisis skru itu dilakukan dengan merujuk sistem kiasan ‘bongkah di atas satah sendeng’ yang berpadanan. Tujuan analisis skru biasanya adalah untuk menentukan momen yang perlu dikenakan pada skru itu untuk mengangkat beban paksi. |
built-up beam | rasuk terbina | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Rasuk yang terbentuk daripada gabungan anggota-anggota kecil yang disatukan untuk menjadi rasuk yang lebih besar ukurannya. Misalnya, rasuk berukuran 150 mm x 300 mm boleh diperbuat daripada 3 anggota yang berukuran 50 mm x 300 mm. Rasuk ini digunakan untuk menyokong lantai yang lebar. |
two-froce mamber | anggota dua daya | Mekanik | Gunaan | Anggota struktur yang hanya ditindak oleh daya di dua titik pada anggota itu. Misalnya, semua anggota kekuda merupakan anggota dua daya. Anggota dua daya mempunyai keistimewaan dari segi analisis mekanik kerana walau apa pun bentuk anggota itu, keseimbangan mensyaratkan daya panduan di dua titik berkenaan mempunyai magnitud yang sama, hala yang bertentangan dan garis tindakan yang sepunya. Garis tindakan itu pula perlu sekena dengan garis yang menghubungkan titik-titik kenaan daya. |
abduction | pengabdukan | Biologi | Fisiologi | 1. Pergerakan lateral anggota badan menjauhi (menentang arah) satah median badan. 2. Pergerakan anggota-anggota badan menjauhi garis aksial. 3. Putaran mata menjauhi (menentang arah) satah median. |
linkage | rangkaian; pautan; kaitan; penghubung | Kejuruteraan | Tiada | 2. Mekanisme yang memindahkan gerakan secara yang dikehendaki, dengan menggunakan gabungan pautan bar, gelangsar, pangsi dan anggota-anggota berputar.,3. Ukuran voltan yang diaruh pada litar oleh fluks magnet.,4. Teknik yang digunakan untuk mewujudkan saling sambungan untuk masuk dan keluar bagi subrutin tertutup kepada atau dari rutin utama.,5. Suruhan yang menghubungkan satu atur cara dengan satu atur cara lain, memberikan kesinambungan pelaksanaan di antara atur cara.,6. Sambungan di antara anggota-anggota mekanik yang digunakan dalam komputer analog untuk melaksanakan beberapa fungsi aritmetik. |