Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggota badan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abductionpengabdukanBiologiFisiologi1. Pergerakan lateral anggota badan menjauhi (menentang arah) satah median badan. 2. Pergerakan anggota-anggota badan menjauhi garis aksial. 3. Putaran mata menjauhi (menentang arah) satah median.
tremorgeletar/tremorPerubatanTiadaGeletar: Gerakan yang berulang-ualng tanpa dapat dikawal pada anggota-anggota badan dan merupakan gejala utama dalam parkinsonisme.
family takaful planpelan takaful keluargaEkonomiEkonomi IslamPelan yang melindungi kematian dan kecacatan anggota badan di samping menyediakan tabungan kepada peserta. Pelan takaful ini boleh disertai oleh individu dan institusi. Pelan takaful untuk individu merupakan tabungan jangka panjang di samping memperoleh perlindungan apabila berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Selain itu, individu akan mendapat pengecualian cukai ke atas caruman dan juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada tabungannya. Pelan takaful untuk institusi pula dikenali sebagai pelan takaful keluarga berkelompok, iaitu sekumpulan individu di bawah kendalian institusi berkenaan akan mendapat manfaat perlindungan yang telah ditentukan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Jangka masa pelan takaful keluarga berkelompok biasanya setahun tetapi boleh diperbaharui apabila tempohnya tamat. Contoh pelan takaful keluarga ialah pelan takaful sihat, pelan takaful wakaf, skim anuiti takaful Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelan takaful gadai janji.
abductionabduksiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral menjauhi garis tengah badan. Abduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari sisi badan ke atas, manakala abduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari sisi badan ke atas. Contohnya, fasa yang melibatkan abduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding aduksi.
adductionaduksiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral mendekati garis tengah badan. Aduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari atas ke sisi badan, manakala aduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari atas ke sisi badan. Contohnya, fasa yang melibatkan aduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding abduksi.
property damage liability insuranceinsurans liabiliti kerosakan hartainsuransTiadaPerlindungan terhadap liabiliti kerosakan harta pihak lain, termasuk kehilangan penggunaan harta tersebut. Perlindungan ini berbeza dengan liabiliti kecederaan anggota badan pihak lain. Dalam kebanyakan hal, perlindungan ini diunderait bersama dengan perlindungan liabiliti kecederaan anggota badan.
property damage liability insuranceinsurans liabiliti kerosakan hartaPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan terhadap liabiliti kerosakan harta pihak lain, termasuk kehilangan penggunaan harta tersebut. Perlindungan ini berbeza dengan liabiliti kecederaan anggota badan pihak lain. Dalam kebanyakan hal, perlindungan ini diunderait bersama dengan perlindungan liabiliti kecederaan anggota badan.
grievous bodily harmkecederaan parah tubuh badanKriminologiKeadilan JenayahKecederaan fizikal yang serius yang dilakukan oleh seseorang secara sengaja terhadap mangsa. Kecederaan ini boleh disebabkan oleh penggunaan senjata atau kekuatan fizikal. Contohnya, pergaduhan yang mengakibatkan kehilangan anggota badan atau fungsi anggota badan seperti penglihatan dan pendengaran.
gesturegerak isyaratKomunikasiTiadaPergerakan anggota badan dalam proses komunikasi yang digunakan sebagai lambang untuk menunjukkan makna tertentu. Contohnya, lambaian tangan digunakan untuk mengucapkan selamat tinggal.
depressiondepresiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan yang menghala ke arah bawah pada satah frontal. Contohnya, pergerakan skapula (tulang bahu) yang menghala ke bawah semasa latihan mengangkat bebanan. Lihat juga satah frontal. Banding elevasi.
12345678910...

Kembali ke atas