Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kabinet (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan portfolio: jabatan, jemaah menteri,

2. Bersinonim dengan perabot: almari, peti.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constitutional monarchypemerintahan raja berperlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut.

pesidential democracydemokrasi berpresidenSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang presidennya berkuasa dalam pemerintahan mengikut corak pemerintahan Amerika Syarikat. Sistem demokrasi ini berbeza daripada sistem demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Great Britan. Dalam sistem ini, presiden menjadi ketua negara dan juga ketua kerajaan serentak. Presiden dan ahli kabinetnya tidak menganggotai dewan perundangan atau kongres, walaupun begitu semua keputusan kongres perlu mendapat perakuan presiden sebelum dilaksanakan. Presiden melantik anggota kabinet atas nama setiausaha seperti setiausaha pertahanan dan pelajaran. Dalam maksud lain, beliau merupakan seorang yang sangat berkuasa dalam pemerintahan negaranya. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat dan Filipina.
state executive councilmajIis mesyuarat negeriSains PolitikPolitik PerbandinganSatu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing.
cabinetkabinetSains PolitikPolitik PerbandinganBadan eksekutif yang dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan. Anggota jemaah kabinet akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai portfolio atau kementerian tertentu. Kebiasaannya, ahli kabinet ini akan bermesyuarat satu atau dua minggu sekali dan dipengerusikan oleh perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen atau oleh presiden dalam sistem demokrasi berpresiden. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak mutlak ketua kerajaan. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bilik rahsia yang digunakan oleh Raja Perancis pada era sebelum revolusi untuk bermesyuarat dengan pegawai istana tertentu. Pegawai yang dipercayai oleh raja sahaja dipanggil untuk bermesyuarat kerana ia melibatkan rahsia negara.
lobbyingmelobiSains PolitikPolitik PerbandinganCubaan individu atau golongan pendesak mempengaruhi keputusan kerajaan sama ada secara memujuk anggota dewan perundangan, kabinet atau pihak tertentu yang membuat keputusan. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti desakan secara langsung, pembujukan kepada wakil rakyat atau menteri, menulis surat, membangkitkan isu tersebut di akhbar, menelefon pegawai yang terlibat dan penggunaan wang supaya desakan mereka diterima. Istilah melobi bermula daripada amalan pembujukan yang dilakukan di bahagian lobi atau ruang anjung dewan sehingga namanya ini kekal digunakan untuk menjelaskan maksud tersebut. Di Amerika Syarikat, golongan pendesak tertentu melaksanakan kajian terperinci mengenai sesuatu isu dan kemudian mendedahkan hasil kajian dan kesan jangka panjangnya kepada wakil rakyat, dan ini boleh mempengaruhi beliau dalam menggubal keputusan.
cabinet ministermenteri kabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan.

Parliamentary SecretarySetiausaha Parlimen (kementerian)PentadbiranPentadbiran Awam

Anggota parlimen yang dilantik oleh Perdana Menteri, berkedudukan di bawah Timbalan Menteri dalam satu barisan kabinet. Setiausaha Parlimen mempunyai kuasa eksekutif di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Ia membantu Menteri dan Timbalan Menteri dalam sesebuah kementerian. Biasanya ia akan mewakili atau menggantikan Menteri atau Timbalan Menteri dalam sesuatu acara khas jika Menteri atau Timbalan Menteri ini tidak dapat hadir.

political eliteelit politikSains PolitikPolitik PerbandinganSekumpulan kecil anggota masyarakat yang berada di peringkat atasan yang memiliki kelebihan kuasa, pendidikan dan ekonomi berbanding dengan rakyat kebanyakan. Dengan kelebihan ini, mereka dapat menguasai politik dan pemerintahan serta sekali gus memelihara kepentingan mereka. Walaupun golongan ini bersaing sesama sendiri dalam dunia poIitik sesebuah negara namun kuasa politik tetap berlegar di kaIangan mereka. Sifat-sifat yang wujud pada elit politik boleh berbentuk moden, tradisional mahupun militer yang bersesuaian dengan struktur masyarakat tersebut. Contohnya, pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang menganggotai kabinet tergolong dalam elit polilik di Malaysia.
administrative neutralitykeberkecualian pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip pentadbiran yang tidak memihak atau menyebelahi individu dan badan tertentu yang berkepentingan. Prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai tadbir supaya tidak bersikap condong kepada pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, pegawai tadbir khususnya anggota perkhidmatan awam seperti Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Diplomatik, polis mahupun tentera akan tetap berkhidmat walaupun Perdana Menteri dan kabinet telah bertukar. Dalam keadaan ini, anggota perkhidmatan awam mestilah patuh kepada kerajaan baru. Sinonim keneutralan pentadbiran

Council of MinistersJemaah MenteriPentadbiranPentadbiran Awam

Badan pemerintahan, pembuat dasar tertinggi negara dan yang paling berkuasa untuk memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan dalam melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan anggotanya terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet. Jemaah menteri dilantik daripada anggota Majlis Parlimen.


Kembali ke atas