Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Seutas rotan ditarik,
     bergegar hutan belukar;
riuh bunyi kera dan lotong.

Bermaksud :

Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila semak perkataan 'anggota-anggota' dalam ayat di bawah sama ada betul atau salah dari segi tatabahasa. Jika salah, sila berikan jawapan yang betul. 1. Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktor pemangkin seseorang itu dijangkiti Tibi walaupun terdapat anggota-anggota keluarga yang pernah dijangkiti Tibi sebelum ini.Ayat yang betul ialah:







Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktor pemangkin seseorang itu dijangkiti Tibi walaupun terdapat anggota keluarga yang pernah dijangkiti Tibi sebelum ini.
Tatabahasa15.10.2021
Sila pilih jawapan yang betul dari segi tatabahasa. 1. Anggota keluarga lain turut tidak akan dijangkiti Tibi jika pesakit Tibi telah menerima rawatan lebih (dari/daripada) dua minggu di hospital.Jawapan yang betul ialah:







Anggota keluarga lain turut tidak akan dijangkiti Tibi jika pesakit Tibi telah menerima rawatan lebih dari dua minggu di hospital. 
Tatabahasa15.10.2021
Kebanyakan anggota keluarga saya sukakan filem yang penuh dengan adegan sedih. soalan saya ialah kenapa kesalahan tatabahasa ialah sukakan? apakah perkataan yang paling sesuai digunakan di sini? ( menyukai)Perkataan sukakan salah kerana tidak menggunakan imbuhan. Perkataan yang betul ialah menyukai.Tatabahasa05.06.2008
Tuan, lihat ayat (1) di bawah dahulu. 1. Saya berharap agar / bahawa minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga saya. dalam ayat (1) yang saya berikan, kata hubung "agar" atau "bahawa" lebih sesuai dan tepat digunakan?Ayat yang gramatis ialah Saya berharap minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga.Tatabahasa29.12.2014
Salam sejahtera, Adakah penggunaan 'anggota' keluarga diterima?Sila beri pencerahan. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "anggota" ialah ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain). Oleh itu, anggota keluarga boleh diterima. Contoh ayat, Saya berharap minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga.  Lain-lain14.10.2020
Tuan, 1.Suasana pagi itu sungguh selesa dengan kehadiran keluarga Ali. 2.Doktor meminta nenek mendapat rehat yang baik. 3.Anggota keluarga Ali dapat bertemu dalam suasana yang gembira. Adakah ayat-ayat tersebut betul?Jika tidak,sila tunjukkan cara membetulkan ayat. Terima kasih.Ayat yang diberikan tidak tepat daripada pemilihan kata. Ayat yang lebih gramatis:

1. Suasana pagi itu sungguh indah dengan kehadiran keluarga Ali.
2. Doktor menasihati nenek supaya mendapatkan rehat yang cukup.
3. Anggota keluarga Ali dapat berkumpul dalam suasana yang sangat harmoni.
Tatabahasa26.04.2018
Tuan, Tolong beri tunjuk ajar, bagaimana membetulkan ayat-ayat berikut: 1.Murid-murid Tahun 5 Bestari itu membersihkan kelas secara baik. 2.Suasana pagi itu sungguh selesa dengan kehadiran keluarga Asok. 3. Anggota keluarga Perumal dapat bertemu dalam suasana yang gembira. Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah:

1. Murid-murid Tahun 5 Bestari membersihkan kelas mereka dengan bersungguh-sungguh.
2. Suasana pagi itu sungguh indah dengan kehadiran keluarga Asok.
3. Anggota keluarga Perumal dapat berkumpul dalam suasana yang sangat harmoni. 
Tatabahasa06.01.2021
adakah aib dan malu suatu perkara yang sama?
Aib bermaksud rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan. 

Malu pula bermaksud berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu.

Berdasarkan maksud tersebut, aib dan malu mempunyai makna yang hampir sama. 
Makna07.05.2021
Manakah satu yang betul? Boleh berikan contoh ayat? 1. Institusi kekeluargaan 2. Institusi keluarga"Keluarga" bermaksud sanak saudara, manakala "kekeluargaan" ialah "hal yang berkaitan dengan keluarga" atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu frasa yang betul ialah "institusi kekeluargaan".Tatabahasa30.10.2014
apa perbezaan warka kerja & anggota kerja ayat yang ingin saya bina adalah seperti di bawah: seorang anggota kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamu @ seorang warga kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamuMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "anggota" ialah ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain. Perkataan "warga" pula bermaksud ahli (suatu keluarga, syarikat, dan lain-lain). Kedua-dua perkataan ini adalah sinonim. Berdasarkan ayat yang mahu dibina, penggunaan kata "warga" lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan perihal penyambut tetamu.Makna03.10.2017
12

Kembali ke atas