Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Seutas rotan ditarik,
     bergegar hutan belukar;
riuh bunyi kera dan lotong.

Bermaksud :

Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regencypemerintahan pemangku rajaSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan di sesuatu wilayah yang dijalankan oleh seorang pemangku raja sebagai mewakili kuasa raja tersebut. Pemangku raja ini biasanya terdiri daripada anggota keluarga diraja, dilantik untuk tempoh tertentu dan boleh disambung khidmatnya atau diganti dengan anggota keluarga yang lain. Dalam beberapa aspek, pemangku raja ini memiliki autonomi yang terbatas dan kebanyakan tugasnya bersifat rasmi atau adat istiadat seperti merasmikan dewan, muzium ataupun melancarkan program tertentu. Contohnya, Putera Charles di England merupakan pemangku raja bagi pemerintahan wilayah Wales. Sinonim keregenan.
Encke's cometkomet EnckeMatematikTiadaAnggota keluarga komet Musytari yang pertama sekali diketahui, yang mempunyai kala yang paling pendek 3.3 tahun. Nama komet ini mengambil sempena nama J.F. Encke, ahli falak Jerman yang telah membuat kajian lengkap secara teori mengenai gerakannya.
families of asteroidskeluarga asteroidMatematikTiadaKumpulan empat asteroid yang orbitnya sangat serupa dengan orbit Musytari dan mempunyai hubungan yang erat dengannya. Anggota keluarga itu dipercayai berasal daripada satu jasad yang sama yang sudah pecah.
absolute monarchymonarki mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang dikuasai oleh keluarga diraja. Dalam sistem monarki ini, keseluruhan sistem pemerintahannya dikuasai oleh anggota keluarga tersebut dan mewarisinya secara turun-temurun. Penguasaan ini merangkumi agensi pemerintahan, perundangan, jentera pentadbiran, sumber hasil negara dan sebagainya. Contohnya, negara Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan monarki mutlak.
affinal kinsanak semendaSosiologiTiadaPertalian kekeluargaan yang terjalin kerana berkahwin dengan anggota sesebuah keluarga
family takaful planpelan takaful keluargaEkonomiEkonomi IslamPelan yang melindungi kematian dan kecacatan anggota badan di samping menyediakan tabungan kepada peserta. Pelan takaful ini boleh disertai oleh individu dan institusi. Pelan takaful untuk individu merupakan tabungan jangka panjang di samping memperoleh perlindungan apabila berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Selain itu, individu akan mendapat pengecualian cukai ke atas caruman dan juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada tabungannya. Pelan takaful untuk institusi pula dikenali sebagai pelan takaful keluarga berkelompok, iaitu sekumpulan individu di bawah kendalian institusi berkenaan akan mendapat manfaat perlindungan yang telah ditentukan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Jangka masa pelan takaful keluarga berkelompok biasanya setahun tetapi boleh diperbaharui apabila tempohnya tamat. Contoh pelan takaful keluarga ialah pelan takaful sihat, pelan takaful wakaf, skim anuiti takaful Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelan takaful gadai janji.
COVID-19 Assessment Centre (CAC)Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)Kesihatan AwamTiadaTempat yang disediakan khas sebagai pusat rujukan bagi mengenal pasti, menilai, memantau, serta menguruskan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19. Penilaian dan pemantauan kepada kesemua pesakit ini dijalankan oleh pasukan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga serta dibantu oleh anggota-anggota sokongan klinikal yang lain. CAC beroperasi sama ada di stadium, dewan komuniti, balai raya atau mana-mana kemudahan kerajaan, bergantung kepada kesesuaian dan keperluan setempat.
administrative ethicsetika pentadbiranPentadbiranTiada

Amalan yang menjadi pegangan individu atau kumpulan tertentu dalam melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Etika terkandung dalam agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran yang merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat dan menjadi landasan dalam penentuan arah yang memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota pentadbiran bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai pekerja. Etika tersebut akan mewujudkan penyatuan dan penyelarasan antara anggota pentadbiran sebagai institusi utama yang menyumbang kepada pembangunan tamadun masyarakat dan merupakan standard mutlak bagi mendorong mereka berkhidmat dengan bersih, cekap, jujur, amanah, berdisiplin, ikhlas dan berkesan. Di Malaysia, undang-undang dan peraturan ini terkandung dalam Etika Perkhidmatan Awam dan Perintah Am.
socializationsosialisasiSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai sosial, budaya, politik dan sebagainya kepada individu dalam sesebuah masyarakat. Sosialisasi ini berlaku secara sedar atau tidak sedar yang berjalan secara berterusan sejak seseorang itu masih kecil. Proses ini juga mendedahkan individu kepada nilai budaya masyarakatnya dan seterusnya mengamalkan budaya tersebut seperti anggota lain. Proses ini biasanya dilakukan oleh ejen sosialis seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah, media dan tempat kerja. Contohnya, seorang ayah yang aktif berpolitik akan mendedahkan anaknya kepada aktiviti politik yang disertainya. Sinonim pemasyarakatan.

Kembali ke atas