Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg menjadi anggota angkatan perang (askar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menjadi anggota dlm angkatan perang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentera (kata nama)
Bersinonim dengan askar, soldadu, perajurit, serdadu, lasykar, panglima, kesateria, pahlawan, hulubalang, militer;,
Kata Terbitan : ketenteraan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barrackberekUndang-undangTiadaBangunan besar atau asrama untuk menempatkan anggota tentera, polis, dan sebagainya.
amphibious shipkapal amfibiaSukanTiadaKapal yang digunakan dalam operasi menyerang dari laut dengan membawa anggota tentera darat dan juga kenderaan.
deploymentkerah tugasSejarahTiadaPerihal menentukan kedudukan yang teratur dengan cara yang lebih strategik bagi anggota tentera dan kapal perang sewaktu pertempuran di medan perang.
rank and fileanggota biasaSejarahTiadaKedudukan anggota tentera yang berpangkat rendah seperti prebet atau koperal.
military lawundang-undang tenteraUndang-undangTiadaUndang-undang yang mengawal selia anggota tentera.
military insignialencana tenteraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLambang yang menentukan pangkat, cabang ketenteraan dan negara seseorang anggota tentera. Dalam konteks undangundang kemanusiaan antarabangsa, pemakaian lencana tentera sangat penting bagi melaksanakan prinsip pembezaan yang memisahkan penempur daripada orang awam.
military courtmahkamah tenteraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang diberi kuasa untuk membicarakan anggota tentera bagi kesalahan di bawah undang-undang ketenteraan dan menghukum mereka jika didapati bersalah. Mahkamah tentera mempunyai struktur yang terpisah daripada mahkamah awam. Mahkamah tentera biasanya berperanan semasa berlakunya konflik bersenjata tetapi terdapat juga negara yang membenarkan mahkamah tentera berfungsi semasa keadaan aman.
adverse distinctionperbezaan bertentanganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan membezakan sesuatu golongan dengan golongan yang lain atas dasar bangsa, warna kulit, agama, jantina, kekayaan atau kriteria lain. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa melarang perbuatan ini semasa memberi layanan terhadap orang yang tidak mengambil bahagian secara aktif dalam peperangan, seperti orang awam dan anggota tentera yang telah meletakkan senjata kerana sakit, cedera atau ditawan. Contohnya, orang-orang yang sakit dan memerlukan rawatan tidak boleh dibeza-bezakan berdasarkan bangsa, warna kulit, agama, jantina atau kekayaan.
jus ad bellumjus ad bellumUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUndang-undang yang memberikan hak kepada sesebuah negara untuk menggunakan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Di bawah teori perang adil ciptaan gereja yang terpakai di Eropah selama beberapa kurun dahulu, sesebuah negara Kristian hanya boleh berperang sekiranya negara tersebut boleh memberikan kewajaran untuk berperang. Sekiranya perang tersebut tidak wajar dilakukan, maka anggota tentera Kristian yang berperang akan dianggap berdosa. Kini, Piagam PBB melarang penggunaan kekerasan kecuali dalam dua situasi sahaja, iaitu untuk tujuan pertahanan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sesebuah negara yang menggunakan kekerasan terhadap negara lain bagi tujuan menakluk wilayah negara tersebut, ia dianggap sebagai melanggar Piagam PBB. Negara yang diserang tersebut mempunyai hak yang diiktiraf oleh Piagam PBB untuk menggunakan kekerasan sebagai satu cara untuk mempertahankan diri.
recruiting fieldkawasan pengambilanSejarahTiadaKawasan yang dikhususkan untuk temuduga dan pengambilan anggota baru tentera.
12

Kembali ke atas