Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggotanya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIBBUTZ

Kibbutz ialah suatu bentuk komuniti Yahudi

di Israel yang anggotanya tidak memiliki harta

peribadi. Kesemua harta menjadi milik kibbutz

dan ia memenuhi segala keperluan anggota serta

keluarganya. Kesemua anggotanya bekerja untuk

kibbutz dan menerima barangan dan perkhidmatan

sebagai ganti upah. Barangan dan perkhidmatan

itu termasuk makanan, perumahan, pendidikan,

penjagaan kanak-kanak dan rawatan perubatan.

Kibbutz kadang-kadang dikenali sebagai komuniti

kolektif.

UMUM 
PERTUBUHAN PERDAGANGAN BEBAS EROPAH (EFTA)

Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah

(EFTA) ditubuhkan pada tahun 1960 bagi

membolehkan anggotanya mendalami objektif

ekonomi yang sama, khususnya melalui perdagangan

bebas dalam keluaran industri. Objektif ini dicapai

dengan memansuhkan tarif perdagangan dan

halangan teknikal terhadap perdagangan.

UMUM 
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

Sebuah organisasi serantau yang bertujuan untuk menyelaras serta mempereratkan kerjasama di kalangan negara-negara anggotanya. ASEAN telah diasaskan oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
KESATUAN KREDIT

Kesatuan kredit ialah persatuan perbankan

yang dijalankan khusus untuk bekerjasama demi

faedah anggotanya.

UMUM 
MAJLIS EROPAH

Majlis Eropah ialah sebuah organisasi yang

terdiri daripada sembilan negara. Majlis ini

berusaha menggalakkan kesatuan yang lebih

rapat antara negara-negara anggotanya bagi

mencapai kemajuan ekonomi dan sosial.

Organisasi ini sebenarnya tidak mempunyai

sebarang kuasa sebenar dan hanya bertindak

sebagai penasihat. Ia lebih berperanan untuk

mempereratkan kerjasama dalam bidang politik,

sosial, budaya dan hal-hal yang berkait dengan

undang-undang.

UMUM 
PERTUBUHAN PERJANJIAN ASIA TENGGARA (SEATO)

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara

(SEATO) ialah perikatan lapan buah negara yang

menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Asia

Tenggara di Manila, Filipina, pada 8 September 1954.

Anggotanya terdiri daripada Australia, Perancis, New

Zealand , Pakistan, Filipina, Thailand, United Kingdom,

dan Amerika Syarikat. Pakistan menarik diri pada

tahun 1972. SEATO dibubarkan pada tahun 1977.

UMUM 
QUAKER

Quaker ialah nama yang diberikan kepada ahli

Persatuan Sahabat-sahabat Agama ( Religious

Society of Friends ). Quakerisme ini bermula di

England pada tahun 1600-an. Kini, kebanyakan

anggotanya tinggal di Amerika Syarikat. England

dan Kenya juga mempunyai penganut Quaker yang

ramai. Kumpulan Quaker yang lebih kecil terdapat

di kebanyakan tempat lain di dunia.

UMUM 
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA

Komanwel Negara-negara Merdeka ialah

pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya

merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara

anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan,

Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova,

Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan

Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk,

di Belarus.

UMUM 
RENJER ROGERS

Renjer Rogers ialah peninjau bagi Tentera

British semasa Perang Tujuh Tahun (1756–1763).

Robert Rogers (1731–1795) mengetuai pasukan

renjer itu. Dia terkenal sebagai seorang komander

yang berani dan pengikutnya sentiasa mengikut ke

mana sahaja dia pergi. Para anggotanya terdiri

daripada orang yang garang dan kasar serta tidak

berdisiplin. Mereka selalu menghadapi masalah

dengan pegawai atasan.

UMUM 
ASSEMBLIES OF GOD

Assemblies of God ialah mazhab agama

Pentekosta yang terbesar di dunia. Nama

rasminya ialah The General Council of the

Assemblies of God. Gereja ini berkembang

daripada gerakan pemulihan agama Kristian

pada awal tahun 1900-an dan ditubuhkan di

Arkansas, Amerika Syarikat pada tahun 1914.

Anggotanya berjumlah kira-kira dua juta orang.

UMUM 
12

Kembali ke atas