Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gu/] | اڠݢوق

Definisi : 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak); berangguk = mengangguk; berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk; mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau me­mak­lumi kata-kata seseorang): ~ mengia­kan; mereka ~ bersetuju; mengangguk-angguk 1. turun naik: halu­an perahu pun ~; 2. mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju; menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~ kepalanya; mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapan­nya; terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepala­nya ~ mendengar cakap ibunya; anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya; pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gu/] | اڠݢوق

Definisi : gerakan menundukkan kepala (kerana mengantuk, menandakan bersetuju dll). mengangguk menggerakkan kepala ke bawah; menundukkan kepala: Apabila ditanyai adakah dia ingin mengikut kami, dia ~. mengangguk-angguk mengangguk berkali-kali: Kepalanya ~ kerana sangat mengantuk. menganggukkan; ~ kepala menundukkan kepala: Dia ~ kepalanya tanda bersetuju. terangguk-angguk bergerak-gerak turun naik (ttg kepala, haluan kapal dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angguk

Peribahasa

Angguk enggan,
     geleng mahu,
unjuk tidak diberikan.

Bermaksud :

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
pitchinganggukanggukanggukPerikanan
pitching momentmomen anggukmomen anggulmomen anggulKejuruteraan Kapal Terbang
pitching moment coefficientkoefisien momen anggukkoefisien momen anggulkoefisien momen anggulKejuruteraan Kapal Terbang

Kembali ke atas