Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gu/] | اڠݢوق

Definisi : 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak); berangguk = mengangguk; berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk; mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau me­mak­lumi kata-kata seseorang): ~ mengia­kan; mereka ~ bersetuju; mengangguk-angguk 1. turun naik: halu­an perahu pun ~; 2. mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju; menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~ kepalanya; mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapan­nya; terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepala­nya ~ mendengar cakap ibunya; anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya; pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gu/] | اڠݢوق

Definisi : gerakan menundukkan kepala (kerana mengantuk, menandakan bersetuju dll). mengangguk menggerakkan kepala ke bawah; menundukkan kepala: Apabila ditanyai adakah dia ingin mengikut kami, dia ~. mengangguk-angguk mengangguk berkali-kali: Kepalanya ~ kerana sangat mengantuk. menganggukkan; ~ kepala menundukkan kepala: Dia ~ kepalanya tanda bersetuju. terangguk-angguk bergerak-gerak turun naik (ttg kepala, haluan kapal dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angguk

Peribahasa

Angguk enggan,
     geleng mahu,
unjuk tidak diberikan.

Bermaksud :

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back roperantai anggukPelayaranTiadaTali atau rantai yang mengikat ke tiang angguk.
bobstay purchasetakal tambat anggukPelayaranTiadaTakal yang dipasang pada hujung jonggor untuk diikat tambat angguk.
rocker armlengan anggukKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang mempunyai penyangga di tengah, dan kedua- dua hujungnya bergerak turun naik. Lengan angguk ditolak oleh aci sesondol di satu hujungnya, manakala hujung yang lain digunakan untuk menggerakkan alat yang dipacu. Komponen ini merupakan sebahagian daripada rangkaian injap yang mengawal buka-tutup injap pengambilan dan ekzos dalam en- jin. Komponen ini juga terdapat dalam pam bahan api mekanik untuk menggerakkan diafragma pam. Walau bagaimanapun, penggunaan komponen ini berkurangan dalam kebanyakan enjin semasa, untuk mengurangkan kehilangan geseran dan meningkatkan kecekapan mekanik.
pushrodrod tunjalKejuruteraan AutomotifEnjinBatang logam yang terletak di antara pengangkat injap dengan lengan angguk. Rod tunjal digunakan pada enjin aci sesondol sisi untuk menolak lengan angguk dan seterusnya mengawal buka-tutup injap.
bobstaytambat anggukPelayaranTiadaTali yang diikat dari tiang linggi ke jonggor.
pitchingpancing anggukPerikananTiadaKaedah memancing menggunakan joran panjang yang bersaiz antara 6 kaki hingga 8 kaki. Melalui kaedah ini, tali pancing dibiarkan tegak selari dengan hujung joran dan dinaikkan serta diturunkan untuk menarik perhatian ikan.
bar martingalebatang anggukPelayaranTiadaBatang pada bosprit untuk menguatkan joran jib dengan menegangkan tali atau rantai joran jib yang melaluinya.
valve clearance;kelegaan injapKejuruteraan AutomotifEnjinJarak di antara hujung batang injap dengan lengan angguk bagi enjin aci sesondol atas atau jumlah jarak kelegaan dalam rangkaian injap bagi enjin aci sesondol sisi ketika injap dalam keadaan tertutup. Jarak ini diperlukan untuk memastikan injap benar-benar tertutup dan membenarkan pengembangan komponen rangkaian injap akibat tindakan haba. Sinonim kelegaan tapet.
tappettapetKejuruteraan AutomotifEnjin1. Skru yang digunakan untuk melaraskan kelegaan di antara batang injap dengan lengan angguk atau batang injap dengan pengangkat injap. 2. Lihat pengangkat injap.
tappet noisehingar tapetKejuruteraan AutomotifEnjinBunyi bising yang disebabkan oleh hentaman di antara batang injap dengan lengan angguk atau pengangkat injap. Bunyi ini disebabkan oleh wujudnya kelegaan di antara komponen tersebut dan menjadi lebih kuat sekiranya kelegaan tapet ini melebihi spesifikasi yang ditetapkan.
12

Kembali ke atas