Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anginnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
up-draft kilntanur hembus atasKesenianTiadaTanur yang menghembuskan anginnya ke arah atas.
hurricanetaufan; hurikanGeologiTiadaSiklon tropika terutamanya di Hindia Barat, yang halaju anginnya bersamaan atau melebihi 64 knots.
clam beltjalur tenangMeteorologiMeteorologi PerhubunganJalur latitud yang berangin silir, dan arah anginnya berubah-ubah. Jalur tenang utama terdapat di latitud kuda (tenang Sartan dn tenang Jadi) dan doldrum.
wind force scaleskala daya anginMeteorologiMeteorologi PerhubunganSkala berangka kelajuan angin yang menunjukkan bahawa semakin besar angkanya semakin kuat anginnya. Lihat skala Beaufort.
gradient windangin gradienSainsHidrometeorologiSebarang angin mendatar yang bertangen dengan garis kontur permukaan tekanan malar (atau dengan isobar permukaan geo-keupayaan) pada titik tertentu. Pada titik yang anginnya bergradien, kedua-dua pecutan Coriolis dan pecutan memusat tepat mengimbangi daya tekanan mendatar: Vgr2 = �vgr = � g ?S R ?n ' dengan Vgr ialah kelajuan angin gradien; R jejari lengkungan laluan; � parameter Coriolis; g pecutan graviti; z ketinggian permukaan tekanan tetap; dan n arah tegak lurus dengan garis aliran dan kontur ke arah pengurangan ketinggian, iaitu ke kiri arah aliran di hemisfera utara dan ke kanan di hemisfera selatan. Oleh sebab R > 0 bagi aliran siklon dan R > 0 bagi aliran antisiklon maka kelajuan gradien siklon kurang daripada (dan kelajuan gradien antisiklon lebih tinggi daripada) angin geostrofi pada latitud dan daya tekanan yang sama. Angin gradien merupakan hampiran yang lebih baik bagi angin sebenar dan banyak nomogram telah dibina untuk memudahkan pengiraannya. Kesulitan utama wujud dalam menganggarkan lengkungan seketika laluan kompok udara dari dua peta garis aliran berturutan.
barotropic vorticity equationpersamaan kevortisan barotropiSainsHidrometeorologiPersamaan kevortisan dalam keadaan tanpa pencapahan mendatar dan gerakan menegak, yang menyebabkan kevortisan mutlak sesuatu kelompok itu terabadi, dengan kevortisan nisbi parameter dan paramter Coriolis. Persamaan ini juga boleh ditaksirkan sebagai mengawal aliran purata menegak dalam keadaan pencapahan yang arah anginnya mengikut ketinggian.

Kembali ke atas