Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka] | اڠک

Definisi : 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca? ~ abjad (Komp) aksara yg hanya merang­kumi angka dan huruf dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh angka yg tidak mengan­dungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan pembawah (mis , , dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa kesialan (mendatang­kan sesuatu keburukan dsb); angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; berangka-angka, berangka-angkaan ter­menung-menung memikirkan sesuatu; mengangkakan memberi berangka, mem­beri bernombor; perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : sl sangka, anggap, fikir; mengangka menyangka, menganggap, memikir: diangkanya kakang berubah cita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : tanda yg menunjukkan bilangan dlm tulisan; nombor. ~ Arab angka yg bermula dr 0 (1, 2, 3) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Roman. ~ bulat (penuh) angka yg tidak mempunyai sebarang pecahan atau perpuluhan (spt 1, 2, 8, 11, 20). ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka digandakan. ~ ganjil angka yg apabila dibahagikan dgn angka 2 berlebih satu. ~ genap angka yg dpt dibahagikan dgn angka 2 dgn tidak berlebih. ~ pecahan angka yg mempunyai pengatasnya dan pembawahnya (spt , , ). ~ pembawah angka yg di sebelah bawah pd sesuatu angka pecahan. ~ pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. ~ pengisi angka yg menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih. ~ Roman angka yg bermula dr I (II, III, IV) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab. ~ tunggal angka yg dpt dibahagikan dgn angka itu sendiri dan dgn angka satu saja dgn tidak berlebih. perangkaan 1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka. perangkawan orang yg ahli dlm bidang perangkaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyclic codekod berkitarKejuruteraanTiadaSistem pengekodan dengan perwakilan perduaan bagi angka-angka perpuluhan berubah satu bit sahaja setiap kali, dari satu angka ke satu angka yang lain.
graduated (calibrated)bersenggatPerubatanTiadaMempunyai tanda atau angka-angka ukuran.
calculatekiraMatematikTiadaMelakukan proses bermatematik yang menghasilkan angka-angka.
scaleskalaFizikMekanikKesepadanan satu sama satu antara angka-angka dan nilai kuantiti-kuantiti fizik yang tertentu seperti skala suhu setir dan Kelvin.
computekiraMatematikTiadaMelakukan proses yang bersifat matematik bagi menghasilkan angka-angka.
Udden-Wentworth grade scaleskala gred Udden-WentworthKejuruteraanPetroleumSistem pengelasan atau penggolongan sedimen kelas/gersik mengikut gred saiz yang tertentu berdasarkan saiz butiran. Saiz butiran diwakili oleh diameter butiran yang diukur dalam unit mm. Penggolongan atau pembatasan gred saiz dibuat berdasarkan angka 2 termasuk angka-angka terbitan hasil perkalian kuasa daripada angka 2 tersebut. Angka-angka batas yang dipilih ialah 2, 1/16, 1/256 untuk mengelaskan sedimen kepada golongan rudit, arenit dan argilit. Skala pengelasan ini adalah hasil paduan dua skala, iaitu skala Udden (1932) dan skala Wentworth (1933).
codenkodenPerpustakaanTiada1. Pengelasan kod yang diberikan pada dokumen atau bahan perpustakaan lain yang terdiri daripada 4 huruf besar dan diikuti oleh dua kumpulan yang terdiri daripada angka-angka Arab yang dibubuh sempang, atau dua angka Arab yang diikuti oleh dua huruf besar, atau beberapa kombinasi yang serupa.,2. Kombinasi beberapa huruf, angka, dan simbol yang diberikan sebagai hasil penerapan peraturan pengekodan dalam usaha menghasilkan petikan bibliografi.
terminal digit filingpemfailan digit akhirPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah penyusunan fail dengan mengindeks mengikut angka yang pembahagian utama failnya berdasarkan kepada dua angka akhir dan dua angka akhir ini akan menentukan nombor laci, dua angka ke kiri angka akhir untuk nombor petunjuk dalam laci dan dua angka pertama untuk urutan fail yang mengikuti petunjuk.
centralized planpelan berpusatKesenianSeni BinaPelan reka bentuk struktur yang simetri berhubung dengan paksi tegak di tengah-tengah ruang bagi menandakan kepentingan peranan ruang dan rekaan kesenian yang dikehendaki. Pelan itu digambarkan melalui bentuk bulatan, persegi, poligon atau angka-angka geometri.
middle digit filingpemfailan digit tengahPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah penyusunan fail dengan mengindeks mengikut angka yang dua angka tengahnya adalah untuk mengenal pasti laci/bahagian, dua angka pertama untuk nombor petunjuk dalam laci/bahagian dan dua angka akhir untuk urutan fail selepas/belakang petunjuk.(SETIA
12345678910...

Kembali ke atas