Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka.ra] | اڠکارا

Definisi : 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3. = ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (ter­hadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka.ra] | اڠکارا

Definisi : 1 perbuatan yg tidak menunjukkan belas kasihan; kekejaman; kezaliman: Sebelum menganut agama Islam, Abu Sufian pernah melakukan ~ terhadap umat Islam. 2 perbuatan kurang ajar (terhadap anak isteri orang dll); perbuatan yg durjana: hina ~ sangat rendah dan biadab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkara

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tempat makan jangan diberaki.

Bermaksud :

Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Angkara fitnahSidek BabaDewan Masyarakat1 January 2007
Angkara si SiamNurul Ain AbdulDewan Pelajar1 October 1979
Angkara vektor manusia sengsaraMohd Khairulanuar Manshor dan Norizan MuslimDewan Kosmik1 July 2008
Angkara Siapa?Nur Hidayah MuhamadKeluarga Harmoni1 January 2006
Angkara Siapa?Mohd. Faisal SaidKarya1 May 1998
Angkara SamiriSuraiya PauziAnis1 May 2001
AngkaraNor Hisyam MustafaMajalah Filem1 April 1972
Angkara lipasTiadaDewan Siswa1 September 1990
Angkara Tuk NujumRubaidin SiwarDewan Siswa1 February 1979
Angkara Senyum ManismuMira M. WURTV15 August 1993
12

Kembali ke atas