Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka.ra] | اڠکارا

Definisi : 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3. = ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (ter­hadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka.ra] | اڠکارا

Definisi : 1 perbuatan yg tidak menunjukkan belas kasihan; kekejaman; kezaliman: Sebelum menganut agama Islam, Abu Sufian pernah melakukan ~ terhadap umat Islam. 2 perbuatan kurang ajar (terhadap anak isteri orang dll); perbuatan yg durjana: hina ~ sangat rendah dan biadab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkara

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tempat makan jangan diberaki.

Bermaksud :

Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata peneduh, Peneduh nafsu angkara murka; Hina bangsa gila bergaduh, Gaduh itu pangkal celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Main tepi Penjara, Dipatuk ular berbisa; Jangan buat angkara, Nanti rosak binasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Menjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan putih terenang-renang, Anak sepat dari muara; Sungguh sedih bila dikenang, Sahabat setia buat angkara.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas