Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka.ra] | اڠکارا

Definisi : 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3. = ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (ter­hadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka.ra] | اڠکارا

Definisi : 1 perbuatan yg tidak menunjukkan belas kasihan; kekejaman; kezaliman: Sebelum menganut agama Islam, Abu Sufian pernah melakukan ~ terhadap umat Islam. 2 perbuatan kurang ajar (terhadap anak isteri orang dll); perbuatan yg durjana: hina ~ sangat rendah dan biadab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkara

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tempat makan jangan diberaki.

Bermaksud :

Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bahar Kd, Tbtuak.“Siapa lagi kalau bukan angkara Si Solisir itu!” bentak Yambut, keberangan. “Adakah patut, Si Baljit yang kaki judi, kaki perempuan dan kaki bahar itu, dianggapnya jelmaan roh mendiang suaminya! Tak masuk akal langsung!”Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lontong II Mrsejenis racun yang dirumus daripada bisa ular tedung, getah ipuh dan pelbagai bahan lain.“Kau termakan lontong yang disumbat dalam pisang,” kata bomoh tersebut mengeleng-geleng. Harapan Manasuk untuk sembuh tipis sekali. Setakat ini tiada mangsa lontong yang selamat walaupun bomoh paling hebat dipanggil merawatnya.Perut Meletup Angkara LontongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas