Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka.sa] | اڠکاس

Definisi : 1. udara, awang-awang, langit: bintang-bintang menghias ~; 2. lapisan udara yg mengelilingi bumi; ~ lepas = ~ luar ruang di luar lapisan udara yg mengelilingi bumi; mengangkasa terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka.sa] | اڠکاس

Definisi : 1 awang-awangan; langit: Malam itu gelap pekat, tiada sebiji bintang pun yg kelihatan di ~. 2 lapisan udara yg melingkungi bumi: ~ lepas (luar) ruang di sebelah luar lapisan udara yg melingkungi bumi. angkasawan orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (ke bulan dsb): ~ pertama yg berjaya mendarat di bulan ialah ~ Amerika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah boleh diterjemah "space" (dalam bidang aeroangkasa) sebagai angkasa lepas, atau angkasa sahaja? Adakah terdapat perbezaan antara angkasa dan angkasa lepas? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "space" ialah angkasaAngkasa lepas ialah padanan bahasa Melayu untuk "outer space".Istilah22.01.2014
Apakah istilah atau terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "Space Port"? - lapangan terbang angkasa? - lapangan lancar angkasa?Kami mencadangkan "space port" diterjemahkan sebagai "pelabuhan angkasa" atau "pelantar angkasa", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.Istilah15.07.2020
'Nujum berkelipan di angkasa' adakah ayat ini sama maksudnya dengan Bintang berkelipan di angkasa? Terima kasih dan Assalamualaikum wbt

Nujum juga bermaksud objek di angkasa yang mengeluarkan cahaya yang kelihatan seperti titik-titik cahaya yang berkerdipan pada waktu malam: bintang. (Kamus Dewan Perdana). Ayat “Nujum berkelipan di angkasa” sama maksudnya dengan “Bintang berkelipan di angkasa”.

Lain-lain01.03.2022
Adakah perkataan 'lepas' dalam angkasa lepas merujuk kepada segalanya yang kita lihat di angkasa adalah dari masa lampau?

"Angkasa lepas" ialah padanan bahasa Melayu untuk "outer space".


Istilah24.03.2022
1)Malaysia berjaya melancarkan dua buah satelit di angkasa leaps.(Adakah penggunaan (di) betul. 2)Satelit itu berada di ruang angkasa lepas.(betul)Untuk ayat (1), jawapan yang lebih tepat ialah "ke" dan bukan "di". Malaysia Berjaya melancarkan dua buah satelit ke angkasa lepas.
Untuk ayat (2), penggunaan sendi "di" adalah betul.  Satelit itu berada di ruang angkasa lepas.
Tatabahasa07.09.2016
Assalamu'alaikum WBT dan selamat sejahtera, Saya ada satu soalan, terdapat sesetengah perkataan Inggeris yang apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu menjadi dua perkataan. Contohnya, Space = Angkasa lepas. Soalan saya ialah, adakah huruf besar perlu diletakkan pada huruf pertama bagi kedua-dua perkataan bahasa Melayu itu atau hanya pada perkataan pertama? Contohnya, Space = Angkasa lepas, atau Space = Angkasa Lepas. Salam hormat, terima kasih.Perkataan “angkasa lepas” merupakan kata nama am, maka tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya.  Sekiranya perkataan ini menjadi tajuk, maka barulah ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya. Tatabahasa25.03.2014
bolehkah saya menggunakan istilah antariksa di karangan bahasa Melayu sebagai alternatif kepada angkasa?

Perkataan “angkasa” tidak boleh digantikan dengan perkataan “antariksa” dalam penulisan karangan bahasa Melayu kerana perkataan “antariksa” merupakan perkataan Indonesia.

Makna18.02.2022
Apakah takrifan atau terjemahan yang sesuai untuk istilah "extra-terrestrial" yang digunakan dalam bidang angkasa?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "extraterrestrial" bermaksud makhluk/luar angkasa atau asing. Menurut istilah fizik, padanannya ialah luar daratan.
Oleh itu, penggunaan istilah bergantung kepada konteks penggunaan ayat.
Makna24.09.2020
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "space walk"? Space walk merupakan salah satu aktiviti luar kenderaan yang dilakukan angkasawan bagi menyelenggara atau menjalankan operasi di luar stesen angkasa, yang melibatkan mereka 'berjalan' di ruang angkasa lepas. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

space walk - jejak angkasa

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.06.2021
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi kata kerja bahasa Inggeris "dock" dari segi konteks penerbangan angkasa? Contoh ayat: "The Shenzhou spacecraft docked with the Tiangong Space Station at 17 June 2021." Terima kasih.Perkataan 'dock' dalam bahasa Inggeris mengikut konteks penerbangan angkasa bermaksud 'berlabuh' dalam bahasa Melayu.Makna22.06.2021
12345

Kembali ke atas