Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka.sa] | اڠکاس

Definisi : 1. udara, awang-awang, langit: bintang-bintang menghias ~; 2. lapisan udara yg mengelilingi bumi; ~ lepas = ~ luar ruang di luar lapisan udara yg mengelilingi bumi; mengangkasa terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka.sa] | اڠکاس

Definisi : 1 awang-awangan; langit: Malam itu gelap pekat, tiada sebiji bintang pun yg kelihatan di ~. 2 lapisan udara yg melingkungi bumi: ~ lepas (luar) ruang di sebelah luar lapisan udara yg melingkungi bumi. angkasawan orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (ke bulan dsb): ~ pertama yg berjaya mendarat di bulan ialah ~ Amerika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkasa


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
prob angkasa lepasspace probeSejenis kapal angkasa yang mengumpul maklumat di angkasa lepas dan menghantarnya kembali ke bumi.Menengah Rendah
angkasawanastronautOrang yang dilatih untuk mengikuti misi ke angkasa lepas dan pergi ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa.Menengah Rendah
angkasa lepasouter spaceKawasan di luar lapisan atmosfera bumi.Menengah Rendah
angkasa lepasouter spaceRuang di sebelah luar lapisan udara yang melingkungi bumi. Lihat RajahSekolah Rendah
teleskop angkasa lepasspace telescopeTeleskop yang berada di orbit bumi untuk melihat objek di alam semesta dengan jelas tanpa disekat oleh atmosfera bumi. Lihat RajahMenengah Rendah
planetplanetObjek angkasa lepas yang beredar mengelilingi matahari pada orbitnya. Contohnya, Zuhal dan Musytari. Lihat RajahSekolah Rendah
meteormeteorJasad dari angkasa lepas yang masuk ke ruang atmosfera bumi. Akibat geseran dengan zarah udara, meteor menjadi sangat panas, lalu terbakar dan menghasilkan cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang.Menengah Rendah
orbitorbitLaluan suatu jasad angkasa lepas untuk mengelilingi jasad yang lain akibat saling tindakan daya graviti masing-masing. Contohnya, orbit yang dilalui oleh bulan di bawah pengaruh bumi.Menengah Rendah
asteroidasteroidBatuan dan logam yang berterbangan di angkasa lepas dan beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sendiri. Lihat RajahSekolah Rendah
meteoroidmeteoroidSerpihan batu kecil yang terapung dan bergerak di angkasa lepas. Apabila meteoroid menghampiri bumi, tarikan graviti bumi menyebabkan meteoroid jatuh ke arah bumi. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas