ruang angkasa | angkasa lepas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aeroangkasa | /aéroangkasa/ 1 atmosfera bumi dan ruang yg melampauinya. 2 berkaitan dgn pesawat udara, roket, peluru berpandu, kapal angkasa dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa dan angkasa lepas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
prob angkasa lepas | alat yg direka khas yg terbang dan berada di angkasa, tanpa manusia, yg digunakan utk merakamkan dan menghantar data atau maklumat kpd saintis di Bumi; kuar angkasa lepas.
| Kamus DBP versi dalam Talian |
kaji angkasa | pengkajian udara atau angkasa terutama dlm hubungannya dgn penerbangan, aerologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unggas angkasa | burung yg terbang tinggi di angkasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapal angkasa | sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkasa | 1. udara, awang-awang, langit: bintang-bintang menghias ~; 2. lapisan udara yg mengelilingi bumi; ~ lepas = ~ luar ruang di luar lapisan udara yg mengelilingi bumi; mengangkasa terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkasawan | orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (menuju ke bulan dll): John Glenn ialah ~ Amerika yg pertama mengedari bumi di angkasa lepas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kosmik | 1. yg berkaitan dgn alam semesta; 2. terdapat di atau berasal dr angkasa lepas; cahaya (sinar) ~ cahaya yg sampai ke dunia dr angkasa lepas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkasa | 1 awang-awangan; langit: Malam itu gelap pekat, tiada sebiji bintang pun yg kelihatan di ~. 2 lapisan udara yg melingkungi bumi: ~ lepas (luar) ruang di sebelah luar lapisan udara yg melingkungi bumi. angkasawan orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (ke bulan dsb): ~ pertama yg berjaya mendarat di bulan ialah ~ Amerika. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |