Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka.sa.wan] | اڠکاساون

Definisi : orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (menuju ke bulan dll): John Glenn ialah ~ Amerika yg pertama mengedari bumi di angkasa lepas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkasawan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGKASAWAN

Angkasawan ialah orang yang memandu

pesawat angkasa atau orang yang bekerja di

angkasa. Di Rusia dan bekas republik Soviet yang

lain, orang seperti ini dinamakan kosmonaut.

UMUM 
YOUNG, JOHN WATTS

Young, John Watts (1930– ) ialah

angkasawan Amerika Syarikat. Dia melakukan

lebih banyak penerbangan ke angkasa lepas

berbanding angkasawan lain.

UMUM 
YURI GAGARIN

Angkasawan Soviet yang pertama mengorbit bumi pada 12 April 1961.

FIZIKTokoh
ALEXEI ARCHIPOVICH LEONOV

Angkasawan Soviet dan manusia pertama yang keluar ke ruang angkasa.

FIZIKTokoh
ARMSTRONG, NEIL ALDEN

Armstrong, Neil Alden (1930– ), angkasawan

Amerika Syarikat, adalah manusia pertama

menjejakkan kaki ke bulan. Pada 20 Julai 1969,

Armstrong dan Edwin E. Aldrin, Jr. mendaratkan

modul lunar Apollo 11 di bulan, keluar dari modul

tersebut dan menjelajah permukaan bulan. Lihat

Penjelajahan angkasa (Apollo: Misi ke bulan:

gambar).

UMUM 
KAPAL ANGKASA SHUTTLE

Kapal angkasa Shuttle lihat Angkasawan.

UMUM 
TERESHKOVA, VALENTINA VLADIMIROVNA

Tereshkova, Valentina Vladimirovna ,

(1937– ) ialah angkasawan wanita Soviet yang

pertama mengembara ke angkasa lepas.

Tereshkova membuat 45 edaran mengelilingi bumi

dalam penerbangan yang memakan masa selama

70 jam 50 minit dari 16 Jun hingga 19 Jun 1963

dengan kapal angkasa lepas Vostok VI .

UMUM 
PUSAT ANGKASA LEPAS JOHN F. KENNEDYInstitusi yang menjadi tempat rujukan para angkasawan atau ahli astronomi.FIZIKInstitusi/Organisasi
SHEPARD, ALAN BARTLETT, JR.

Shepard, Alan Bartlett, Jr. (1923–1998),

menjadi orang Amerika yang pertama berada di

angkasa lepas. Pada 5 Mei, 1961, angkasawan

Shepard terbang dengan roket pada jarak 188

kilometer ke angkasa lepas dari Cape Canaveral,

Florida. Dia mendarat 15 minit kemudian, pada

jarak 486 kilometer di luar Lautan Atlantik. Pada

tahun 1971, Shepard mengetuai Apollo 14

melakukan pendaratan kali ketiga di bulan. Dia

menjadi angkasawan kelima yang mendarat di

bulan. Dia tidak dibenarkan terbang dari tahun

1963 hingga tahun 1969 kerana mengalami

gangguan pendengaran.

UMUM 
ALDRIN, EDWIN EUGENE, JR.

Aldrin, Edwin Eugene, Jr (1930– ),

angkasawan Amerika Syarikat dan merupakan

manusia kedua menjejakkan kaki di permukaan

bulan. Dia bersama-sama Neil A. Armstrong

mendarat di bulan dengan kapal angkasa Apollo 11

pada 20 Julai 1969. Aldrin menjejakkan kakinya di

permukaan bulan 19 minit terkemudian selepas

Armstrong berbuat demikian.

UMUM 
12

Kembali ke atas