Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.kat] | اڠکت

Definisi : 1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minum­an; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberang­katkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (ber­tolak), berangkatnya: dia pergi tanpa mem­beritahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat ber­ulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkat­an pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kat] | اڠکت

Definisi : ; ~ bakul (diri) suka memuji diri sendiri. ~ berat (besi) olahraga atau acara mengangkat besi yg berat-berat. ~ kaki a. pergi meninggalkan sesuatu tempat. b. melarikan diri. ~ muka a. berani menentang atau melawan. b. berani mengemukakan pendapat kerana ada alasannya. ~ tangan a. mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas tanda menyerah. b. mengangkat sebelah tangan ke atas utk menunjukkan diri. ~ topi menaruh hormat kpd; berasa kagum terhadap. berangkat mula berjalan; bertolak: Bakal-bakal haji telah ~ ke Mekah dr Lapangan Terbang Subang. keberangkatan hal berangkat; berangkatnya: ~ beliau ke daerah itu telah dirahsiakan kerana sesuatu sebab. mengangkat 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar. ~ sembah melakukan sembah; menyembah. ~ senjata (mula) berperang. ~ suara meninggikan suara. ~ sumpah bersumpah. ~ tabik memberi tabik. ~ tangan menaikkan tangan ke atas. ~ wuduk menyucikan diri drpd hadas kecil; mengambil air sembahyang. angkatan 1 = ~ perang segenap peralatan perang serta orang-orangnya; bala tentera: ~ darat (laut, udara). 2 kumpulan orang yg dikirim (pergi) ke sesuatu upacara dsb. pengangkatan perbuatan atau hal mengangkat (seseorang ke sesuatu jawatan dll); pelantikan. pengangkat 1 alat utk mengangkat. 2 orang yg mengangkat. 3 orang yg suka memuji-muji; pengampu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkat

Puisi
 

Anjing angkat anjing berburu,
     Anjing berburu di luar kota;
Lagi tak dapat lagi dituju,
     Hendak menyapu arang di muka.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penggunaan bahasa yang sesuai, “Majlis Angkat Sumpah” atau “Majlis Mengangkat Sumpah”?“Majlis Angkat Sumpah” dan “Majlis Mengangkat Sumpah”, kedua-dua frasa ini telah banyak digunakan. Berdasarkan maklumat di Internet frasa Majlis Angkat Sumpah lebih banyak digunakan. Kelazimannya nama atau tajuk juga lebih banyak menggunakan bentuk kata nama seperti Majlis Angkat Sumpah.Tatabahasa02.07.2020
Rujuk kepada tajuk berikut: "Program projek anak angkat dan kempen penanaman pokok". Untuk makluman, sebenarnya program ini berkaitan dengan hal landskap fizikal sahaja, maka apakah betul atau salah penggunaan istilah "projek anak angkat" itu atau istilah tepatnya sekadar "projek angkat" digunakan? Apakah ini pendekatan ini boleh diambil dalam semua hal yang tidak melibat anak (manusia)?. Sila nasihat dan terima kasih. Wassalam.Nama yang sesuai ialah 'Projek Angkat dan Kempen Penanaman Pokok'. Dalam hal ini hanya konsep anak angkat digunakan dalam menamai projek tersebut  dan tidak melibatkan pengambilan anak(manusia).  Tatabahasa22.04.2009
Beberapa orang pemuda angkat kereta yang terbenam di dalam lumpur itu. munsyi, angkat wajarlah digantikan dengan kata apa? TQjawapan yang sesuai ialah mengangkatTatabahasa16.02.2012
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com)Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal.Tatabahasa14.02.2011
Salam, istilah 'abang ipar', 'abang angkat' dikira sebagai simpulan bahasa atau kata majmuk? Terima kasih.Abang ipar dan abang angkat ialah kata majmuk.Tatabahasa31.03.2014
Apakah perbezaan penggunaan kata angkat dan angkut dalam ayat bahasa Melayu baku dan padanan Inggeris - Melayu?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata angkat mempunyai 4 makna, dan makna pertama ialah meninggikan, menaikkan ke atas. Bagi kata angkut pula bermaksud mengangkat dan membawa.
Makna14.11.2018
Apakah takrifan yang lengkap bagi: 1-Anak tiri tanggungan 2-Anak Pelihara 3-Anak angkat yang diambil mengikut undang-undang; 4-Anak angkat de facto 5-Anak Orang Kurang Upaya. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.Dari segi bahasa, anak tiri ialah anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan daripada darah daging sendiri). Bagi jenis anak yang lain seperti yang puan senaraikan tidak ada dalam data kami.  Istilah yang mempunyai implikasi undang-undang sewajarnya dirujuk dengan pihak yang berkaitan undang-undang juga.Istilah25.11.2014
maksud anak kandung,anak tiri,anak angkat

   terima kasih kerana menghubungi knbdbp.

  • anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg terdahulu ini dikatakan anak tiri manakala anak angkat ialah Anak orang lain yang tidak mempunyai pertalian darah yang diambil untuk dipelihara dan dibesarkan secara sah mengikut undang-undang atau adat seperti anak sendiri. manakala anak kandung adalah anak sendiri.
Istilah21.10.2009
Kemasukan perkataan “panggung” juga menyenaraikan kata terbitan “memanggung” yang membawa maksud “mengangkat”. Imbuhan yang mempunyai awalan “me” bermaksud “melakukan perbuatan”. Jika “mengangkat” itu dari kata dasar “angkat”, adakah “memanggung” itu dari kata dasar “panggung” yang juga bermaksud “angkat”?Dari aspek semantik, kata terbitan "memanggung" hasil daripada kata "panggung" (sesuatu yang diangkat tinggi seperti pentas, tempat duduk, lantai dan sebagainya). Maka, perbuatan memanggung korpus menunjukkan kepala dagu dan sebagainya di angkat juga.Makna30.01.2023
saya tidak dapat angkat tangan lagi. adakah ayat ini betul. kalau tidak boleh tolong berikan penerangan. saya tidak faham jawapan yang telah diberi oleh tuan. bolehkah tuan memberi penerangan yang lebih lanjut lagi. terima kasihYang betulnya ialah 'saya tidak dapat mengangkat tangan lagi'. Angkat bukan kata perbuatan.Tatabahasa09.11.2009
1234

Kembali ke atas