Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkat berat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com)Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal.Tatabahasa14.02.2011
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu terjemahan bagi istilah "biceps curl" dan "power lifting" dalam bidang sukan? Terima kasih.Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk "biceps curl" dan "power lifting". Padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan untuk "power lilifting" ialah angkat berat. Walau bagaimanapun, kedua-dua istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah27.11.2014
Salam, apakah kata kerja yang sesuai untuk perbuatan ibu/bapa yang meletakkan/mendudukkan anak di belakang leher (biasanya untuk menyaksikan sesuatu pertunjukan di celah-celah orang ramai)Mengikut Kamus Dewan, kata “tanggung” ada antara maknanya ‘membawa di atas bahu barang dan lain-lain yang berat-berat’. Kata ‘bawa’ boleh bersinonim dengan perkataan berikut mengikut konteks penggunaan - angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usungIstilah20.02.2014
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Heavy Lift Cargo Helicopter'? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangakan ialah Helikopter Angkat Kargo Berat Istilah18.01.2016
Adakah imbuhan ter- yang membawa makna keupayaan tidak boleh dipasifkan? contoh: Saya terangkat beg yang berat itu. Beg yang berat itu terangkat oleh saya. Sekian, terima kasih.Ada dua rumus yang perlu kita teliti dalam kes ini. Pertama Awalan teR- yang membawa pengertian keupayaan (Tatabahasa Dewan, halaman 175), namun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada awalan teR- dengan kata ganti nama diri pertama. Rujuk pula halaman 490: Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan, walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada kata kerja pasif ter- dengan kata ganti nama diri pertama; dan pada halaman 491 diterangkan Ayat Pasid Kata Ganti Nama Diri Pertama, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini berlaku demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Berdasarkan ketiga-tiga rumus tersebut penggunaan ayat pasif diri orang pertama yang gramatis (berdasarkan konteks yang diperlukan) ialah Beg yang berat itu telah saya angkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk tajuk-tajuk yang berkaitan seperti pada halaman yang diberi dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa30.09.2011
Encik, Manakah ayat yang betul? Batu itu terangkat oleh saya walaupun berat. atau Batu itu saya terangkat walaupun berat. Batu itu diangkat oleh saya. atau Batu itu saya angkat. Terima kasih.Sdr. Wee, jawapan yang betul ialah Batu itu terangkat oleh saya walaupun berat. Terima kasihTatabahasa23.02.2009
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010

Kembali ke atas