Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ker] | اڠکر

Definisi : Jw 1. kelihatan menyeramkan kerana dipercayai berhantu (bkn pokok besar, rumah besar, dll); 2. kelihatan menakutkan (bkn air muka seseorang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ker] | اڠکر

Definisi : ist bahagian dlm alat elektrik yg bergetar dan mengeluarkan bunyi apabila terdapat aliran elektrik pd alat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angker


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
armature coreteras angkerTeknikElektrikBahagian dalaman jasad angker tempat belitan angker dipasangkan. Jasad ini dibuat daripada lapisan keluli atau besi nipis yang telah dilekapkan bersama membentuk satu jasad. Teras ini mempunyai lurah atau disebut lubang alur, sebagai tempat laluan belitan gegelung angker.
armature slotlubang alur angkerTeknikElektrikBahagian lurah pada angker tempat menyimpan gegelung angker. Sebelum belitan gegelung ini dibuat, lubang ini dilapikkan dengan kertas penebat khas (berlapisan mika) agar penebatan belitan itu tidak rosak. Lubang ini kecil mulutnya tetapi lebar di bahagian dalam, dan dengan itu gegelung pengalir tidak mudah terkeluar ketika angker berputar, tambahan pula terdapat penyelak pada mulut lubang alur tersebut.
armature currentarus angkerTeknikElektrikarus yang mengalir keluar dari angker penjana arus terus, atau arus yang mengalir ke arah angker motor arus terus tetapi tidak termasuk arus yang diambil oleh belitan medan pirau. bagi mesin arus ulang-alik (mengikut jenis mesin) yang menggunakan angker, arus ini merujuk arus yang masuk ke dalam angker motor atau arus yang keluar dari angker penjana.
armature barpalang angkerTeknikElektrikBatang kuprum padu yang dijadikan tempat belitan pengalir pada angker penjana atau motor. Batang angker boleh berbentuk bulat, leper, atau segi empat. Palang angker bentuk leper kerap digunakan kerana ia mudah dibentuk.
long shuntpirau panjangTeknikElektrikSambungan dalam mesin a.t. yang belitan piraunya disambung selari dengan belitan medan siri dan angker; belitan angker selari dengan medan siri.
armature resistancerintangan angkerTeknikElektrikRintangan dawai belitan angker dalam penjana elektrik atau motor yang diukur pada dua punca berus atau galang gelincir yang menggunakan angker. dalam mesin elektrik biasanya nilai rintangan ini rendah, iaitu kurang daripada satu ohm.
armature air gapsela udara angkerTeknikElektrikSela udara di antara bahagian yang bergerak, iaitu angker dengan bahagian pegun dalam motor atau penjana. Dalam sela udara ini, perpecahan garisan magnet berlaku dan luas muka keratan fluks bertambah, tetapi ketumpatan fluks berkurang. Di dalam sela udara angker juga berlaku kesan pinggiran dan pertukaran tenaga magnet kepada tenaga mekanik atau sebaliknya mengikut jenis mesin. Jarak sela udara angker perlu dikurangkan seminimum yang mungkin untuk mengelakkan berlakunya kesan-kesan negatif ini.
rangejulatTeknikElektrik1. Had ukuran minimum hingga maksimum yang boleh diukur oleh sesebuah meter. 2. Jarak barisan sambungan pengalir akhir yang dilihat dari belakang satu sama lain dalam belitan angker sesuatu angker.
growlerpengaumTeknikElektrikPeranti untuk menguji sama ada belitan angker atau medan sesuatu mesin mengalami litar pintas atau kebocoran. Angker atau rangka mesin akan diletakkan di atas pengaum, dan jika bilah besi lembut yang didekatkan pada angker atau rangka mesin tersebut tidak ditarik ke arahnya, ini menandakan belitan itu baik.
double armatureangker kembarTeknikElektrikangker yang mempunyai dua belitan gegelung berasingan yang dipasang dalam satu teras yang sama.
123456789

Kembali ke atas