Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; berangkut mengangkat dan mem­bawa (berkali-kali): empat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis; ­mengangkut 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapa­nya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuat­kan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; angkutan barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak; pengangkutan pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan; pengangkut 1. orang yg mengangkut; 2. alat utk mengangkut: ~ barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; ~ besi = angkut-angkut sj tumbuhan (pokok), jelunut, mendarung gajah, Sommersonia bartramia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; mengangkut mengangkat dan membawa pergi: Lori Majlis Perbandaran itu digunakan utk ~ sampah di kawasan Petaling Jaya. angkutan 1 barang-barang yg diangkut. 2 ist belanja mengangkut barang-barang dagangan. ~ keluar belanja mengangkut barang jualan kpd pembeli. ~ masuk belanja mengangkut barang-barang yg dibeli. pengangkutan perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dll. ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan. pengangkut 1 orang yg mengangkut. 2 alat utk mengangkut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; angkut-angkut serangga spt tebuan yg membuat sarang drpd tanah, Eumenes spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkut

Puisi
 

Angkut-angkut terbang ke langit,
     Sampai ke langit meragi kain;
Sudah bertangkup bumi dan langit,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Apakah perbezaan penggunaan kata angkat dan angkut dalam ayat bahasa Melayu baku dan padanan Inggeris - Melayu?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata angkat mempunyai 4 makna, dan makna pertama ialah meninggikan, menaikkan ke atas. Bagi kata angkut pula bermaksud mengangkat dan membawa.
Makna14.11.2018
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong'

Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Sinonim kata potong =   kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Istilah05.04.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah terjemahan untuk kenderaan dikenali sebagai 1. Wheel loader 2. 360 degree Excavator 3. Backhoe loader Dan bahagian kenderaan -> High-tonnage bodyKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1) Wheel loader: Jentera angkut beroda

2) 360 degree excavator: Pengorek 360 darjah

3) Backhoe loader: Jentera angkut pengorek-kaut

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Namun, untuk high-tonnage body, mohon pihak tuan memberikan penerangan tambahan untuk memudahkan kami mencari padanan yang tepat. 
Istilah25.07.2022
1. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan 'claimable'. Contoh: HRDF Malaysia Claimable. Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'Boleh Tuntut Dana HRDF Malaysia'? 2. Bolehkah saya menterjemahkan 'Freight Transportation' sebagai 'Pengangkutan Barang Muatan'?HRDF Malaysia Claimable boleh diterjemahkan sebagai Boleh Tuntut Dana HRDF Malaysia.
Freight transportation boleh diterjemahkan sebagai pengangkutan barangan muatan atau pengangkutan barangan angkut.
Makna25.09.2021
Salam, apakah kata kerja yang sesuai untuk perbuatan ibu/bapa yang meletakkan/mendudukkan anak di belakang leher (biasanya untuk menyaksikan sesuatu pertunjukan di celah-celah orang ramai)Mengikut Kamus Dewan, kata “tanggung” ada antara maknanya ‘membawa di atas bahu barang dan lain-lain yang berat-berat’. Kata ‘bawa’ boleh bersinonim dengan perkataan berikut mengikut konteks penggunaan - angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usungIstilah20.02.2014
Pohon penjelasan maksud PERHENTIAN BAS,TEMPAT MENUNGGU BAS,STESEN BASBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perhentian bermaksud tempat berhenti (bas, teksi, dll). Oleh itu, perhentian bas bermaksud tempat bas berhenti. Sama maksud dengan tempat menunggu bas. Stesen bas pula bermaksud sebuah tempat di mana pengguna bas dapat perkhidmatan asas, tentang pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem angkut bas awam.Makna28.09.2010

Kembali ke atas