Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; berangkut mengangkat dan mem­bawa (berkali-kali): empat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis; ­mengangkut 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapa­nya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuat­kan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; angkutan barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak; pengangkutan pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan; pengangkut 1. orang yg mengangkut; 2. alat utk mengangkut: ~ barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; ~ besi = angkut-angkut sj tumbuhan (pokok), jelunut, mendarung gajah, Sommersonia bartramia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; mengangkut mengangkat dan membawa pergi: Lori Majlis Perbandaran itu digunakan utk ~ sampah di kawasan Petaling Jaya. angkutan 1 barang-barang yg diangkut. 2 ist belanja mengangkut barang-barang dagangan. ~ keluar belanja mengangkut barang jualan kpd pembeli. ~ masuk belanja mengangkut barang-barang yg dibeli. pengangkutan perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dll. ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan. pengangkut 1 orang yg mengangkut. 2 alat utk mengangkut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; angkut-angkut serangga spt tebuan yg membuat sarang drpd tanah, Eumenes spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkut

Puisi
 

Angkut-angkut terbang ke langit,
     Sampai ke langit meragi kain;
Sudah bertangkup bumi dan langit,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
free hauljarak angkut; angkut percumaGeografiTiadaTiada
bakul angkutbakul angkutKesenianTiadaBakul yang digunakan untuk mengangkat bebanan.
airliftangkut udaraSejarahTiadaAngkut udara: Bantuan atau sokongan yang diberikan melalui udara dengan penggunaan kapal terbang.
long haulangkut jauhKejuruteraan AutomotifTiadaAngkut jauh: Perjalanan atau pengangkutan barangan dan penumpang pada jarak jauh.
carrierpembawa; kapal angkutSukanTiada9. Kapal angkut : Kapal untuk mengangkat barangan.
free-haul distancejarak angkut percumaKejuruteraan AutomotifTiadaJarak yang dinyatakan dalam kontrak bahawa bayaran hanya dikenakan untuk tanah yang dikorek, manakala kos angkut tanah tersebut adalah percuma.
capacity, sediment-carrying syn, capacity, load-carryingkapasiti angkut endapanHidrologiTiadaKuantiti maksimum endapan yang dapat diangkut oleh alur. Sin.: kapasiti angkut beban
palletalas angkutPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Pelantar mudah alih yang dibuat daripada kayu, digunakan sebagai alas untuk memudahkan pengendalian dan pengangkutan barang-barang bersusun, dan sesuai digunakan dengan jentera angkut susun. 2. Alat mudah alih yang digunakan untuk memuat dan mengangkut kayu pulpa
fork-lift truckjentera angkut-susunPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKenderaan yang digunakan untuk mengendalikan kayu balak dan hasil-hasil hutan yang lain secara pukal, di betau, di kilang papan atau di perlabuhan. Jentera ini dilengkapi dengan lengan penghulur mendatar yang boleh dimasukkan di bawah beban yang disusun di atas alas angkut. Ketinggian lengan penghulur boleh dilaraskan.
backhaulangkut balikEkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas