Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ku.tan] | اڠکوتن

Definisi : barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ku.tan] | اڠکوتن

Definisi : 1 barang-barang yg diangkut. 2 ist belanja mengangkut barang-barang dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkutan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transport theoryteori angkutanFizikAtom dan NuklearTeori yang berasaskan kepada penghampiran persamaan angkutan Boltzmann bagi keadaan yang hukum Fick tidak boleh digunakan.
Ekman transportangkutan EkmanSains MarinTiadaPergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah terhadap arah tiupan angin permukaan yang disebabkan oleh kesan Coriolis. Arah pergerakan bergantung pada kedudukan di hemisfera bumi. Di hemisfera utara, angkutan berlaku daripada 90 darjah ikut arah jam terhadap arah angin, manakala di hemisfera selatan berlaku pada sudut 90 darjah lawan arah jam. Berdasarkan teori Ekman, aliran permukaan bergerak pada sudut 45 darjah terhadap angin permukaan disebabkan keseimbangan antara dayaoriolis dan seretan angin serta air. Jika lautan dibahagikan kepada lapisan-lapisan tipis, magnitud halaju aliran semakin menyusut berbanding nilai maksimum pada permukaan sehingga akhirnya sifar pada kedalaman tertentu. Arah aliran juga beralih sedikit demi sedikit merentasi setiap lapisan. Fenomena ini dikenali sebagai lingkaran Ekman, dan lapisan air dari bahagian permukaan hingga ke kedalaman yang menyebabkan kesan ini hilang dikenali sebagai lapisan Ekman. Jika semua aliran pada lapisan Ekman diintegrasikan, maka hal ini akan menyebabkan pergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah di sebelah kanan angin permukaan di hemisfera utara atau di sebelah kiri di hemisfera selatan.
active transport of drugangkutan aktif ubatPerubatanTiadaProses pemindahan molekul ubat melalui lapisan membran sel yang memerlukan penggunaan tenaga. Proses ini boleh memindahkan molekul tersebut melawan kecerunan kepekatan. Pemindahan ini boleh berlaku semasa penyerapan ubat dari usus, pemindahan ke dalam sel hepar untuk dimetabolismekan, dan rembesan pada tubul ginjal. Proses ini bersifat selektif dan boleh mengalami ketepuan. Contoh angkutan aktif ubat ialah proses yang melibatkan rembesan Penicillin ke dalam tubul ginjal.
transportpengangkutan; angkutan; pengaliranFizikTiadaTiada
hopping transportangkutan loncatFizikTiadaTiada
molecular transportangkutan molekulFizikTiadaTiada
transportpengangkutan; angkutan; pengaliranGeografiTiadaTiada
heat transportangkutan habaGeografiTiadaTiada
tectonic transportangkutan tektonikGeologiTiadaTiada
net transportangkutan bersihGeologiTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas