Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.pau] | اڠڤاو

Definisi : C wang dlm sampul kecil yg diberikan sbg hadiah pd hari Tahun Baru Cina dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.pau] | اڠڤاو

Definisi : wang dlm sampul kecil yg diberikan sbg hadiah, sumbangan, pemberian dsb pd hari atau pd majlis tertentu, terutamanya pd hari Tahun Baru Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angpau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin bertanya 1) apakah perbezaan di antara khidmat dan perkhidmatan? 2)apakah perbezaan umpama dan seumpama? 3) adakah "angpau terbesar" dan "angpau terbanyak" mempunyai makna yang berbeza? Jika ya, apakah perbezaan tersebut? Terima kasih1)Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud khdimat ialah kebaikan yg dilakukan untuk menunjukkan kesetiaan kepada bangsa, negara dan lain-lain. manakala maksud perkhidmatan pula ialah perihal berkhidmat (ber­tugas).

2) Maksud umpama  menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah sesuatu yg dijadikan perbandingan atau ibarat. Manakala seumpama pula bermaksud sama halnya dengan atau tak ada bezanya dengan.

3) Perbezaan angpau besar atau banyak pula ialah maksud angpau ialah wang dalam sampul kecil yang diberikan sebagai hadiah, sumbangan, pemberian dan sebagainya pada hari atau pada majlis tertentu, terutamanya pada hari Tahun Baru Cina. Maka penggunaan ayat yang betul bagi angpau ialah angpau terbanyak.
Makna21.12.2016
Merujuk soalan 57 yang bertarikh (12/9/09), jawpaan yang tuan berikan ialah ' Emak memberikan sekeping angpau...'. Soalan saya: Bolehkah saya menggunakan penjodoh bilangan 'sebuah' untuk ayat tersebut? Bagi saya, angpau bukanlah berbentuk pipih dan nipis, sebaliknya berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang. Terima kasih.Walaupun berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang tetapi ia tetap nipis kecualilah berbungkus seperti hadiah. Penjodoh bilangan tidaklah tetap untuk sesuatu benda itu sebaliknya bergantung kepada bentuk dan keadaan. Contoh: Setandan pisang. Sesikat pisang. Seulas pisang. Sekaki cendawan. Sekuntum cendawan. Secawan air. Seteguk air. Sebungkus angpau. Sekeping angpau. Sedozen angpau. Dll.
Lain-lain18.10.2009
Adakah "angpau" telah menjadi kosa kata bahasa Melayu?Angpau merupakan kata yang dipinjam dari bahasa Cina. Kata ini merujuk daripada bahasa Cina yang bermaksud sampul merah.Lain-lain14.06.2007
Emak memberikan _____ angpau kepada Ai Ling. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk ayat di atas.

Sdr. Wong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penjodoh bilangan bagi angpau ialah sekeping. terima kasih

Tatabahasa12.09.2009
Saya ingin tahu adakah pemenggalan suku kata bagi perkataan berikut betul: 1) harimau (ha-ri-ma-u) 2) memakai (me-ma-ka-i) 3) bagaimanakah (ba-ga-i-ma-na-kah) 4) balai (ba-la-i) 5) angpau (ang-pa-u) 6) haiwan (ha-i-wan) 7) sungai (su-nga-i) 8) pandai (pan-da-i) Saya harap pihak saudara tidak mengelirukan (penggalan suku kata) dengan (pemenggalan sebutan). Sebab apa yang saya ingin tahu adalah (Pemenggalan Suku Kata). Terima kasih.(1) harimau (ha.ri.mau)
(2) memakai (me.ma.kai)
(3) bagaimanakah (ba.gai.ma.na.kah)
(4) balai (ba.lai)
(5) angpau (ang.pau)
(6) haiwan (hai.wan)
(7) sungai (su.ngai)
(8) pandai (pan.dai)
Tatabahasa02.04.2018
Selamat pagi tuan, Minta tolong tuan memberi nasihat dan pembetulan ayat-ayat di bawah serta memberi keterangan yang lanjut. 1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. 2) Adik berenang di kolam yang jernih. 3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. 4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. 5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau.1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. - betul
2) Adik berenang di dalam kolam yang jernih.
3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. - betul 
4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. - betul 
5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau. - betul
Tatabahasa25.02.2012
bolehkah Puan/cik/Encik menerangakn lebih pendalam tentang asimilasi dan adaptasi dari aspek bahasa melayu dlm pelbagai kaum di Malaysia. bole berikan contoh bersama bagi memudahkan sy utuk lebih memahamiBahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab, Nusantara dan juga bahasa daripada pelbagai kaum di Malaysia. Usaha ini dilakukan antaranya untuk mengambarkan situasi baru yang memerlukan satu panggilan/istilah khusus merujuk kepadanya, contohnya; dari bahasa Cina (apek, angpau, camca) dan India (muruku).  Proses ini secara tidak langsung memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah/kertas kerja yang membincangkan khusus tajuk-tajuk tersebut.Lain-lain18.02.2009

Kembali ke atas