Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angrok


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEN ANGROK

KEN ANGROK (   ? - 1227/1247), pengasas dinasti Tumapel-Singhasari Jawa Timur.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Keterangan tentang Ken Angrok  terdapat di dalam kitab Negarakartagama dan kitab Para-raton atau Buku para raja yang dikarang oleh Empu Prapanca.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PARARATON

PARARATON, hasil sastera sejarah yang berbentuk prosa yang ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan.  Separuh bahagian permulaannya menceritakan kisah Ken Angrok dari lahirnya hingga menemui ajalnya.  Menurut cerita, Ken Angrok dikatakan anak yang ajaib.  Apabila dewasa, dia menjadi seorang yang sangat jahat.  Akhirnya dia menaiki takhta Tumapel yang kemudian dikenal sebagai Singasari dengan gelaran Prabu Ronggah Rajasa.  Dia juga diberi gelaran sebagai Sri Girindratanya.  Ken Angrok dikatakan menjadi leluhur raja-raja Majapahit.  Bahagian akhir kitab Pararaton memaparkan keadaan kerajaan Majapahit sejak awal hingga menghampiri keruntuhannya.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas