Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.sa] | اڠسا

Definisi : sj itik besar, Anser spp.; ~ besar, Anser albifrons. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.sa] | اڠسا

Definisi : ; ~ laut sj burung, Sula leucogaster plotus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.sa] | اڠسا

Definisi : binatang ternakan yg seakan-akan itik tetapi lebih besar dan lehernya panjang, Anser anser (cygnoides). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angsa

Puisi
 

Angsa terbang ke negeri China,
     Hinggap sebentar di pangkal jalan;
Kurang bangsa diri pun hina,
     Jika tersampai menyesal jangan.


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

PantunSumberTema
Gendang Cik Samat gembala angsa, Telur angsa sarang setalam; Umat Muhammad punya bangga, Embun menitis serata alam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Angsa terbang ke negeri China, Hinggap sebentar di pangkal jalan; Kurang bangsa diri pun hina, Jika tersampai menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah angsa dapat terbang, Angsa melompat ke atas udara; Banyaklah jasa dapat ditimbang, Jasa Muhammad tiada bertara.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah angsa berebut terbang, Membumbun gangsa menuju lopak; Banyaklah jasa disebut orang, Agunglah jasa ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Itin angsa sama sejalan, Berenang pula ke sana ke mari; Adik umpama permata intan, Hilang ke mana kan hamba cari. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Itik angsa turun ke kali, Berenang-renang sambil menyelam; Adik sepantun bunga sekaki, Kutimang-timang siang dan malam. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak angsa mati lemas, Lemas mari di air masin; Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak angsa tepi perahu, Mari dipakai mengkuang duri; Selama ini baru kutahu, Cari makan lepaskan diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas