Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angsa

Puisi
 

Angsa terbang ke negeri China,
     Hinggap sebentar di pangkal jalan;
Kurang bangsa diri pun hina,
     Jika tersampai menyesal jangan.


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaGendang Cik Samat gembala angsa, Telur angsa sarang setalam; Umat Muhammad punya bangga, Embun menitis serata alam.
Kurik Kundi Merah SagaAngsa terbang ke negeri China, Hinggap sebentar di pangkal jalan; Kurang bangsa diri pun hina, Jika tersampai menyesal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak angsa mati lemas, Lemas mari di air masin; Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin.
Kurik Kundi Merah SagaTelur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung.
Kurik Kundi Merah SagaAnak angsa tepi perahu, Mari dipakai mengkuang duri; Selama ini baru kutahu, Cari makan lepaskan diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik anak angsa, Anak menyusur lumut di batu; Jangan ditilik orang berbangsa, Tilik akan dagang piatu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik anak angsa, Atas tepung atas peti; Bertitis air mata, Orang kampung habis benci.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Yong Kemadu Angsa, Tiga dengan Teluk Melati; Ketuk dek tudung haram tak biasa, Hanya menjeling sampai ke hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnaklah itik anak angsa, Hinggap di batang dibakar jangan; Tuan berbangsa saya yang hina, Jikalau sampai menyesal jangan.
12

Kembali ke atas