Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.sa.na] | اڠسان

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Pterocarpus indicus; sena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.sa.na] | اڠسان

Definisi : sena. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angsana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
angsana (Pterocarpus indicus)angsana (Pterocarpus indicus)PertanianTiadaTiada
senasenaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pterocarpus indicus. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung dan Sabah ialah angsana. Gubal kayu sena berwarna kuning jerami, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat keemasan dan kadangkala mempunyai jalur yang berwarna lebih gelap. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mempunyai struktur liang bergelang. Ira bersimpul atau beralun, dan menjadikannya sukar dikerjakan dan dikemas siap. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu lambat mengering dan sederhana tahan. Struktur liang bergelang menjadikan kayu sena sesuai untuk kabinet, hiasan dalaman, perabot bermutu tinggi, dan venir hirisan.
acheneakenBiologiEkologiBuah kering berbiji tunggal yang terbentuk daripada satu karpel. Kulit bijinya tidak berpadu dengan perikarpa. Aken tidak mempunyai sebarang liang yang khusus untuk menyebarkan bijinya. Pokok angsana, pterocarpus indicus menghasilkan aken.
hazard treespokok berbahayaPertanianAgroteknologiPokok-pokok yang mempunyai risiko menyebabkan kerosakan kepada harta benda atau mencederakan manusia kerana mempunyai beberapa ciri yang berbahaya. Contohnya, pokok besar yang ditanam di tepi jalan yang dahannya mudah patah atau pokok yang akarnya tidak kuat dan mudah tumbang apabila ditiup angin kencang. Suatu masa dahulu, pokok angsana banyak ditanam di Kuala Lumpur tetapi kini tidak lagi ditanam kerana sifatnya yang mudah tumbang dan mempunyai dahan yang rapuh. Contoh lain ialah pokok pompom yang juga berbahaya kerana buahnya mempunyai racun. Selain itu, pokok-pokok yang diserang penyakit dan perosak juga dianggap sebagai pokok berbahaya kerana dahannya mudah patah dan boleh merosakkan harta benda.

Kembali ke atas