Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angulata


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tampoitampoiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Baaccaurea spp. daripada famili Euphorniaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah rambai hutan, asam tambun, juntik bukit, jintik-jintik dan sekam, dan di Sabah ialah rambai hutan, belimbing hutan, kunau-kunau, dan limpang. Spesies utamanya termasuk Baccaurea angulata, B. Kingii, dan B. scortechii. Gubal kayu tampoi sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kekuningan dan menjadi coklat apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana tisu rujinya besar. Iranya lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras. Spesies ini terkenal sebagai sumber buah tampoi.

Kembali ke atas