Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angustifolia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pulaipulaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Alstonia spp. daripada famili Apocynaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah sayungan, dan di Sarawak ialah mergalang dan pelai. Spesies utamanya ialah Alstonia angustifolia dan A. angustiloba. Gubal kayu pulai sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih susu atau kuning muda. Tekstur kayunya halus hingga sederhana kasar, dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 475 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, cepat mengering, mudah diawet dan tidak tahan. Gubal kayunya mudah diserang kumbang dan kulat pewarna gubal. Kayu sesuai digunakan untuk kerja ukiran, bingkai gambar, alat permainan, kasut kayu, dan penyepit makanan.
menarungmenarungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Trema spp. daripada famili Ulmaceae, yang biasanya bersaiz kecil. Nama tempatannya di Semenanjung ialah mengkirai, dan di Sabah ialah randagung. Spesies utamanya termasuk Trema angustifolia dan T. orientalis. Gubal kayu menarung berwarna kuning jerami, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang ringan dan lembut. Kayu menarung mudah diproses dan dikeringkan, tetapi tidak tahan lama apabila terdedah.
anubiasanubiasPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan timbul yang tumbuh di celah-celah batu dan tunggul kayu di kawasan air terjun. Anubias yang berasal dari Amerika Selatan ini sering digunakan untuk menghias akuarium. Jenis-jenis anubias termasuklah Anubias afzelii, Anubias barteri var. angustifolia dan Anubias barteri var. barteri.
stomatal indexindeks stomaHerbaTiadaNilai yang diperoleh daripada ungkapan 100a/a+b iaitu a ialah bilangan stoma dan b ialah bilangan sel epidermis pada daun. Lazimnya nilai piawai ini digunakan untuk membezakan spesies tumbuhan yang hampir sama. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai indeks stoma piawai bagi Cassia senna 10 - 12.5 - 15 dan Cassia angustifolia 14 - 17.5 -20.

Kembali ke atas