Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nia.ya] | انياي

Definisi : perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan dibenci rakyat; menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~ di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;penganiayaan perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nia.ya] | انياي

Definisi : perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aniaya

Peribahasa

Seutas rotan ditarik,
     bergegar hutan belukar;
riuh bunyi kera dan lotong.

Bermaksud :

Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataaan berikut merupakan berapa suku kata? a)siasat b)harimau c)aniaya Apakah kedudukan diftong di dalam persukuan kata? Jika KVV tidak termasuk di dalam 11 pola suku kata yang umum.Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan:                                                     
a) siasat     - si-a-sat
b) harimau  - ha-ri-mau
c) aniaya     - a-ni-a-ya

Pemenggalan suku kata untuk kata yang mengandungi diftong:
a) am-boi
b) wa-hai
Ejaan29.03.2012
Vowel dalam Bahasa Melayu. Saya sudah biasa dengan vowel a, e, e, i, u dan o. Tapi semasa merujuk laman Omniglot http://www.omniglot.com/writing/malay.htm saya mendapati "ai", "au" dan "oi" turut disenarai sebagai vowel, benarkah ketiga-tiga ini vowel dlm BM. Bagaimana dgn "ia" yg terdapat dlm aniaya dan ialah?Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, vokal dalam bahasa Melayu ialah a, e (pepet), e (taling), i, u dan o. Diftong ialah  "ai", "au" dan "oi".  Perkataan "ia" dalam perkataan aniaya dan ialah tidak tersenarai dalam maksud vokal dan diftong.Tatabahasa06.06.2017

Kembali ke atas