Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ni.ma.si] | انيماسي

Definisi : 1. perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan hidup; 2. seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup; menganimasikan menjadikan sesuatu gam­bar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup: gambar kartun yg dianimasikan; penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ni.ma.si] | انيماسي

Definisi : 1 perbuatan atau proses menjadikan sesuatu kelihatan hidup. 2 seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup. ~ komputer ist proses menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup dgn memaparkan satu siri gambar secara pantas dgn bantuan komputer. menganimasikan menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup. penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata animasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computer animationanimasi komputerTeknologi MaklumatTiadaAnimasi yang dihasilkan dengan menggunakan komputer. Misalnya filem Puteh dan Toy Story adalah filem animasi komputer. Filem Toy Story dibangunkan dengan menggunakan komputer grafik berkuasa tinggi dan perisian pixar. Contoh di bawah menunjukkan penyelamat skrin yang dijana dengan menggunakan teknik animasi. Lihat animasi.
cartoon filmfilem kartunKomunikasiTiadaFilem yang dibuat daripada rentetan lukisan yang menjadi watak cerita dengan menggunakan kaedah animasi. filem animasi.
animation designerpereka animasiKomunikasiTiadaKaryawan yang menentukan wajah atau bentuk yang sesuai kepada watak pelakon animasi berdasarkan keterangan yang tercatat di dalam skrip. Pereka animasi juga memberi perhatian terhadap rekaan latar belakang dan suasana audio dan visual di dalam filem animasi.
animated GIFGIF animasiTeknologi MaklumatPerisianFail grafik yang berformatkan GIF yang mempunyai lebih daripada satu imej. Format ini sesuai untuk animasi kerana kesemua pelayar web dan atur cara memaparkan imej satu demi satu. GIF animasi merupakan satu-satunya format fail grafik bagi jujukan animasi yang tidak memerlukan pelayar tersendiri bagi memaparkannya pada laman web. Lihat juga animasi.
animationpenganimatan; animasiKesenianTiada1. Animasi: Menjadikan sesuatu imej kelihatan bergerak.,2. Hasil daripada animasi.
cell animationanimasi selTeknologi MaklumatTiadaTeknik animasi yang mengekalkan lukisan latar belakang dan diletakkan di atasnya beberapa helaian lut sinar yang terlukis objek bagi menghasilkan ilusi gerakan. Teknik ini lebih mudah berbanding dengan teknik yang perlu melukis latar belakang pada setiap bingkai jujukan animasi.
real-time animationanimasi waktu nyataTeknologi MaklumatTiadaKaedah animasi komputer untuk membolehkan imej pada skrin dikemas kini pada kadar kelajuan yang sama dengan objek sebenar bergerak pada dunia nyata. Misalnya permainan video jenis-arked yang tindakan dan kelajuan dikawal oleh pengguna dan komputer sentiasa mengemas kini kelajuan animasi komputer mengikut arahan dan/atau pergerakan pengguna.
animationanimasiTeknologi MaklumatPerisianPenjelmaan ilusi pergerakan dengan memaparkan jujukan imej statik dengan kadar yang cepat. Imej ini terdiri daripada lukisan, gambar, bahan atau objek yang dimanipulasikan. Animasi bermaksud memberi kehidupan atau menghidupkan sesuatu. Oleh itu, dalam konteks WWW, animasi merupakan sebarang teknik yang menjadikan laman web menyerlah melalui pergerakan dan pertukaran imej yang dipaparkan.
animeanimasi JepunKesenianTiadaAnimasi khas Jepun, yang biasanya dicirikan melalui gambar berwarna-warni yang menampilkan tokoh-tokoh dalam pelbagai lokasi dan cerita, yang ditujukan pada pelbagai kategori penonton. Anime dipengaruhi gaya gambar manga iaitu komik khas Jepun.
computer animationanimasi komputerKomunikasiTiadaKaedah animasi daripada bentuk maklumat yang dipindahkan ke dalam komputer yang hasilnya boleh digerakkan atau dicorakkan. Bahan yang telah diprogramkan itu boleh dimanipulasikan mengikut kehendak juruanimasi.
123456789

Kembali ke atas