Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ni.mis.me] | انيميسمى

Definisi : kepercayaan bahawa setiap benda (batu, kayu, dll) mempunyai semangat (roh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ni.mis.me] | انيميسمى

Definisi : kepercayaan bahawa tiap-tiap yg wujud (batu, kayu, angin dll) itu mempunyai roh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata animisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANIMISME

Animisme ialah istilah bagi mana-mana

kepercayaan yang melibatkan pemujaan roh dan

semangat alam semula jadi.

UMUM 
SIHIR

SIHIR, ilmu hitam untuk tujuan pembenci, pengasih dan perosak yang wujud sejak zaman dahulu di kalangan masyarakat Melayu yang menganut kepercayaan animisme dan Hindu.  Ilmu sihir dalam masyarakat Melayu muncul dalam pelbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama, antaranya termasuklah tuju, lambai semangat, pulau dan santau.  Prinsipnya sama sahaja iaitu menguasai semangat individu yang disihir dan mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang terkena sihir.

BUDAYAKonsep
DIALEK MELAYU BUKITDIALEK MELAYU BUKIT, dialek yang digunakan oleh 8000 orang Bukit daripada jumlah hampir dua juta orang di Propinsi Kalimantan Selatan yang berdialek Melayu sebagai bahasa ibundanya. Suku yang kecil itu tinggal di lembah dan lereng pergunungan Meratus di bahagian tenggara propinsi itu. Rata-rata orang Bukit kurang berpendidikan dan masih mengamalkan animisme dan mereka menuturkan Melayu sebagai bahasa pertama mereka. Dialek Bukit tidak banyak perbezaannya berlainan dialek Melayu Banjar yang dituturkan penduduk berhampiran dengan kampung mereka. Dikatakan bahawa dengan mudah pedagang Banjar yang berjualan di pekan-pekan daerah Bukit dapat bercakap dalam varian orang Bukit.BAHASABahasa

Kembali ke atas