Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nis] | انيس

Definisi : Id sj tumbuhan (herba), adas manis, adas cina, Anethum graveolens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara makcik dan mak cik? Bagaimana hendak menulis mak cik bagi seseorang budak yang bernama Anis.( makcik Anis atau mak cik Anis atau Mak Cik Anis)? Kalau wanita itu bernama Susi, panggilan untuk nya ialah Mak Cik Susi atau Makcik Susi?

Ejaan yang betul ialah mak cik. Mak Cik Ani. Mak Cik Susi.

Ejaan12.12.2023
Fasihah Anis Feb 16th, 4:35pm kata tugas:kata praklausa,kata penyambung ayat,kata pascakata dan kata prafrasa..boleh tak tolong listkan ap yang ad di dalamnyaUntuk makluman puan, perihal kata telah diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Takrif kata (termasuklah senarai kata) dan contoh penggunaan kata boleh dilihat dalam buku tersebut. Untuk pemahaman yang lebih mudah, puan boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Sekolah Rendah.Tatabahasa16.02.2015
Salam. Anis menghirup air kopi yang hangat itu perlahan-lahan. Ayat tersebut boleh diterima?Ayat tersebut boleh diterima.Tatabahasa22.07.2013
Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. ialah ayat majmuk jenis apa? keterangan ke? Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. ialah ayat majmuk keterangan ke?

Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. - ayat majmuk gabungan.

Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. - ayat ini dibetulkan menjadi "Kita harus membantu orang yang dalam kesusahan" - ayat majmuk pancangan relatif.

Tatabahasa08.11.2010
Salam. Adakah menghirup air kopi yang hanyat itu betul? Ayat : Anis menghirup air kopi yang hanyat itu perlahan-lahan.Ayat yang betul ialah "Anis menghirup air kopi yang panas itu perlahan-lahan."Tatabahasa22.07.2013
Puan Anis tidak tahu apakah jawaban yang hendak diberikan kepada anaknya munsyi, ayat ini bukan ayat tanya, adakah apakah tidak sesuai digunakan? TQOleh sebab ayat ini bukan ayat tanya, perkataan 'apakah' tidak boleh digunakan dan tidak perlu dalam ayat ini. Ayat yang betul ialah Puan Anis tidak tahu jawapan yang hendak diberikan kepada anaknya.Tatabahasa07.02.2012
Assalamualaikum Tuan Saya Anis Asmeza Md Isa, pelajar dari ILKKM Kota Kinabalu Sabah. Saya mahu bertanya berkenaan penterjemahan soalan questinnaire dari bahasa English ke bahasa Malaysia untuk tujuan subjek penyelidikan saya. Bagaimana ya? Boleh tuan sertakan cara-caranya?Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan04.10.2022
"Ke manakah _____ hendak pergi?" tanya Puan Anis kepada anak-anaknya. Jawapannya: kamu Pertanyaan: Mengapa jawapan 'KALIAN' tidak boleh diterima?Ganti nama diri kedua kamu lebih tepat kerana perkataan kalian  tidak sesuai untuk sapaan kepada anak-anak atau golongan yang lebih muda.Tatabahasa14.02.2012
Selamat sejahtera. Saya hadapi masalah dalam pemilihan jawapan. soalan: " Wah, enak _____ kek coklat yang kamu buat ini! " kata Suraya kepada Anis. A. paling C. nian B. sungguh D. sangat Setahu saya, Kata Penguat Bebas ada tiga, iaitu amat, sungguh, dan sangat. Dalam soalan ini, adakah jawapannya ialah B dan D ? Moga-moga pihak tuan dapat membantu saya. Untuk makluman pihak tuan, saya En. Yew, seorang guru yang bertugas di SJK(C) Desa Jaya, Kepong, Selangor. Terima kasih.Kata penguat yang tepat ialah "sungguh".   

"Wah, enak sungguh kek coklat yang kamu buat ini!" kata Suraya kepada Anis.
Tatabahasa15.07.2013
Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Apakah perkembangan dan peranannya?Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa alat perpaduan oleh Jemat Anis Dewan Masyarakat 01/06/1996. 2. Bahasa Melayu jambatan perpaduan oleh F. P. Chew Dewan Bahasa 01/01/2004. 3. Isu bahasa dan perpaduan oleh Kamarulnizam Abdullah Massa 24/08/2002 . 4. Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan oleh Khemlani-David, Maya. Jurnal Dewan Bahasa 01/10/1992 . 5. Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid Dewan Bahasa 01/10/2002. 6. Bahasa Perpaduan melalui media penyiaran oleh Lim Swee Tin Dewan Bahasa 01/05/2007.Lain-lain24.07.2007
12

Kembali ke atas