Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nis] | انيس

Definisi : Id sj tumbuhan (herba), adas manis, adas cina, Anethum graveolens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANIS SABIRIN

ANIS SABIRIN, (1936 -       ), penulis.  Dia lahir pada 1 Mac 1936 di Johor Bahru, Johor.  Anis mendapat pendidikan asas di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di University of Malaya, Singapura.  Pada tahun 1959, dia lulus ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.  Anis memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang sains politik, ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi dari Claremont Graduate School, Amerika Syarikat pada tahun 1976.  Anis pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik setelah tamat pengajian dari University of Malaya, Singapura, hingga tahun 1967.  Anis berhijrah ke Amerika Syarikat apabila menerima tawaran biasiswa Fullbright pada tahun 1967.

SASTERAKonsep
BINA

BINA,  badan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam di Sarawak.  Badan ini ditubuhkan pada 3 Mei 1968.  BINA  ialah singkatan bagi Angkatan Nahdatul Islam Beratu.  Antara tokoh yang terlibat dalam penubuhan BINA termasuklah Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Haji Anis Abot, Haji Deli Abdul Rahman dan Mohd. Mortadza Haji Daud.  BINA didaftarkan secara rasmi pada 3 April 1969.  Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub dilantik sebagai presiden pertamanya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas