Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anisah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, "Anisah dan Atikah adalah adik-beradik kembar" atau "Anisah dan Atikah ialah adik-beradik kembar"? Ialah atau adalah? Adakah kembar kata nama atau kata adjektif? Sekian, terima kasih.Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa yang hadir selepas kata pameri  yang diberikan pada contoh ayat ialah adik-beradik. Adik-beradik merupakan kata nama. Maka ayat yang betul ialah Anisah dan Atikah ialah adik-beradik kembar. Tatabahasa09.12.2019
Nama saya Anisah Bt Mohd Murozi, No.I/C :800329-02-5680, saya ingin menyemak samada saya layak atau tidak untuk temuduga sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17 (Closing Date : Feb'08) Sekian, terima kasih

Salam sejahtera,

Dimaklumkan kerja-kerja penyemakan dan tapisan permohonan sedang giat dilakukan sekarang. Berdasarkan jadual kami, temu duga bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan diadakan pada 18 April 2008. Calon-calon yang melepasi tapisan awal dan tersenarai sebagai calon temu duga akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh temu duga.

Lain-lain11.03.2008
saya ingin bertanya susunan perkataan yang betul, untuk makluman syarikat kami mempunyai nama/perkataan yang panjang contoh seperti di bawah:- Yang benar, (ANISAH BINTI AZIZ) Ketua Jabatan Data Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Bumiputera Sdn. Bhd. Soalan saya adakah betul dari segi bahasa menjarakkan susunan usahawan bumiputera Sdn. Bhd. dalam aktiviti surat menyurat di atas atau yang sebetulnya dari segi perkataan seperti di bawah:- Yang benar, (ANISAH BINTI AZIZ) Ketua Jabatan Data Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Bumiputera Sdn. Bhd. Mohon penjelasan. Terima KasihSusunan yang betul:

Yang benar,

____________
(ANISAH BINTI AZIZ)
Ketua Jabatan Data,
Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Bumiputera Sdn. Bhd.
Lain-lain18.09.2015
Salam tuan, Nama saya Anisah pelajar UiTM Shah Alam. Saya ingin bertanya sekiranya pihak tuan ada menyediakan khidmat alih bahasa dari BI kepada BM. Terima kasih.Waalaikumussalam... Untuk perkhidmatan terjemahan bahasa dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu tidak disediakan oleh pihak DBP. Sekirannya tuan/puan memerlukan perkhidmatan tersebut boleh hubungi Institut Terjemahan Bahasa Melayu (ITBM) kerana agensi ini menyediakan perkhidmatan seperti ini. Pihak DBP hanya menyediakan perkhidmatan pengesahan bahasa Melayu yang betul dan tepat sekiranya tuan/puan menghadapi masalah dalam bahasa Melayu.Lain-lain11.04.2017
Tuan/Puan, Manakah cara menulis yang betul? Buat dua(2) salinan dokumen ini. (Tiada jarak antara huruf "a" dengan kurungan) atau Buat dua (2) salinan dokumen ini. (Ada jarak antara huruf "a" dengan kurungan) Sekian, terima kasih. Yang benar, Anisah

Ayat yang betul ialah Buat dua (2) salinan dokumen ini.

Lain-lain15.06.2010

Kembali ke atas