Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anisophyllea


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
delekdelekPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Anisophyllea spp. daripada famili Rhizophoraceae. Nama tempatannya di Sabah ialah hampas dadah, dan di Sarawak ialah mertama. Spesies utama kayu ini termasuk Anisophyllea apetala dan A. griffithii. Gubal kayu delek tidak berbeza daripada teras kayunya, biasanya berwarna coklat merah atau jingga tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata disebabkan saiz ruji yang lebar dengan ira yang agak lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan amat berat. Kayu delek mudah dikerjakan dan dikeringkan, mempunyai kadar kecutantangen yang tinggi, iaitu 7.1 peratus, dan agak tahan tetapi sukar di awet. Rujinya yang lebar menghasilkan pola ira yang menarik, dan sesuai untuk kemasan dalaman, perabot hiasan, papan panel, dan lantai parket.

Kembali ke atas