Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anisoptera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mersawamersawaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Anisoptera spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah loh, medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri dan terbak, dan di Sabah ialah pengiran. Spesies utamanya termasuk Anisoptera costata, A. corsiti, dan A. laevis. Gubal kayu mersawa sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya yang berwarna kuning tua dan menjadi gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini sukar dikerjakan kerana mengandungi silika yang boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, sederhana tahan, dan sukar diawet. Kayu mersawa banyak digunakan dalam pembuatan venir, papan lapis dan perabot, dan kerja binaan sederhana.
damsel flypepatung jarumBiologiEntomologiSerangga dalam kumpulan Zygoptera yang lebih kecil dan halus daripada pepatung dalam kumpulan Anisoptera. Serangga ini berwarna-warni dan mempunyai pangkal sayap yang kecil dan biasanya menegakkan sayapnya semasa rehat. Nimfa akuatiknya mempunyai kaki yang sama panjang dengan badannya.
auricleaurikelBiologiHistologi dan Sitologi1. Daun telinga atau struktur yang menyerupai daun telinga. 2. Atrium atau serambi anterior jantung, atau apendaj aurikel atrium. 3. Reseptor rangsangan kimia lateral pada cacing Turbellaria. 4. Cuaran lateral pada tergum abdomen kedua pepatung jenis Anisoptera. 5. Copeng kecil seperti telinga pada pangkal daun, terutama rumput. aurikula.

Kembali ke atas