Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ja/] | انجق

Definisi : ; beranjak 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat, berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan masuk ke kamarnya; menganjak, menganjakkan menggerak­kan sesuatu dr sesuatu tempat, meng­engsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi (keputusan); anjakan hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); penganjakan perbuatan menganjak, peng­engsotan; penganjak bahagian drpd suatu perkakas utk menggerakkan supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ja/] | انجق

Definisi : ; beranjak berpindah atau berengsot sedikit. menganjak memindahkan; mengalih. anjakan gerakan beranjak; engsotan. ~ paradigma peralihan atau perubahan drpd sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran ke keadaan atau lingkungan fikiran yg baru, biasanya yg lebih baik. penganjakan perbuatan atau hal menganjak. penganjak bahagian pd sesuatu alat yg digerak-gerakkan supaya alat tsb menjadi panjang atau pendek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Sesuai jika "sideshift cylinder" diterjemahkan kepada "silinder anjakan sisi"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Jika tidak, mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi sideshift cylinder ialah silinder anjak sisiMakna22.12.2019
Salam, bagaimana mahu terjemah ayat ini? Nikon ultra-wide PC Nikkor 19mm f/4E ED tilt-shift lens Terima kasih.DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Nikon ultra-wide PC Nikkor 19mm f/4E ED tilt-shift lens ialah Lensa ultraluas PC Nikkkor 19mm f/condong-anjak 4E ED Nikon.Istilah04.11.2016

Kembali ke atas