Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai an­jung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan meme­gang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak di­naik­kan; 2. = menganjung-anjung, meng­anjung-anjungkan memuji-muji, meng­angkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (pera­hu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yg lantainya ditinggikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjung

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Anjung Warisan juara zapint.pBerita Harian17.12.2008
Anjung Rama-ramaGhazali DinBerita Minggu21.01.2007
Anjung Budi ditonton hampir satu juta penontonTengku Khalidah Tengku BidinUtusan Malaysia28.01.2002
"Anjung Petayu" paparkan pemimpin berjiwa rakyatWahid KasranMingguan Malaysia23.02.1992
Anjung seni ITM bergema: pencinta dan peminat seni duduk bersilamendengar puisi memuji IllahiZainuddin IsaBerita Harian17.09.1979
Anjung Sari dilancarTiadaBerita Harian29.09.1993
Anjung RayaAzim SallehWatan Minggu18.05.1997
Anjung Bahatla bolot hadiah juara keseluruhanTiadaBerita Harian03.12.1998
Anjung Puteri ResortA RahmadBerita Minggu31.07.1994
Anjung Budaya menjana mindaAkhbar:  Utusan Melayu02.04.2001
123

Kembali ke atas