Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai an­jung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan meme­gang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak di­naik­kan; 2. = menganjung-anjung, meng­anjung-anjungkan memuji-muji, meng­angkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (pera­hu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yg lantainya ditinggikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjung

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
fly meshmata layangmata layang, mata anjungmata layang, mata anjungPerikanan
porchTiadaTiadaanjungKesenian
backporchberanda belakangsurambi belakanganjung belakangTeknologi Maklumat
the corridor of powerkoridor kekuasaanlorong kuasa ruanganjung kuasaSains Politik
automated teller machine (ATM)anjung tunai mandiri (ATM)mesin wang berautomatMesin Juruwang Automatik (MJA)Teknologi Maklumat

Kembali ke atas